28-30 April 2013
Ahad, Isnin Dan Selasa
1.PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan satu program yang disediakan
khusus untuk pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka ini terdiri daripada
pelajar Autisme, Hiperaktif, Sindrom Down, Terencat Akal, Disleksia dan
sebagainya. Selain memberi pendedahan kepada bidang akademik aktiviti rekreasi
juga merupakan satu aktiviti yang dapat membantu pelajar-pelajar pendidikan
khas hidup berdikari, membentuk perkembangan diri yang positif dan memberi
pendedahan kepada persekitaran serta membina minda yang positif.
Justeru itu perlaksanaan
program pembelajaran Luar Bilik Darjah ini secara tidak langsung dapat memberi
pendedahan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar, keseronokan dan
penerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Selain daripada
itu, program ini turut membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas mencintai
alam sekitar yang mereka timba secara tidak langsung sepanjang menyertai
program ini kelak.
Program Pembelajaran Luar
Bilik Darjah ke Pulau langkawi ini dicadangkan pada 28-30 April 2013 (Ahad,
Isnin dan Selasa) akan disertai oleh 35 orang murid PPKI, 7 orang guru dan 2
orang pembantu pengurusan murid. Oleh itu program ini memerlukan sokongan dan
sumbangan daripada semua pihak dalam usaha memberi peluang dan pengalaman
kepada murid istimewa ini.
2.RASIONAL
Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah ini dapat menarik minat dan
mengukuhkan usaha murid PPKI ini untuk memperolehi maklumat, membina semangat
setia kawan dan kerjasama berpasukan. Selain daripada itu, murid istimewa yang
berkelainan upaya ini mengalami mobiliti yang terhad dan kurang berpengalaman
terhadap diri sendiri dan alam sekitar.Maka adalah wajar program ini di adakan
untuk mempertingkatlkan lagi mobiliti dan memberi pendedahan kepada pengalaman
bersosial bersama guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat luar.
3.MATLAMAT
3.1 Memberi
pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru dalam aspek pengurusan sesuatu
program.
3.2 Melahirkan
individu berkeperluan khas yang berpengalaman, berdisplin, mampu berdikari dan berkeyakinan tinggi.
3.3 Memberi
peluang pelajar-pelajar berkeperluan khas merasai penglaman sebenar berkaitan
tempat-tempat yang dilawati.
3.4 Memberi
pendedahan tentang kepentingan alam flora dan fauna dalam kehidupan.
4.OBJEKTIF
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK. Pendeta Za’ba, berhasrat untuk
membolehkan murid PPKI sekolah ini memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang peka dan menggalakkan mereka berkecimpung dalam aktiviti yang bertanggungjawab
serta sepadan dengan perkembangan mentality dan keseimbangan alam. Justeru itu,
lawatan ini membolehkan murid khas ini :
4.1 Mendapat pendedahan tentang pengalaman
melawat dan cuba
berdikari tanpa bantuan
keluarga.
4.2 Mengalami sendiri pengalaman melawat
tempat-tempat menarik yang
terdapat di negara kita.
4.3 Memahami bahawa lawatan ini bukan sekadar
untuk berseronok
sahaja tetapi mampu menjana
minda setiap pelajar.
4.4 Memupuk semangat cintakan alam sekitar,
hormat menghormati dan
bersaing secara sihat
sepanjang aktiviti dijalankan.
4.5 Memberi peluang kepada pelajar PPKI
menyedari potensi diri
setanding dengan pelajar
normal.
5.CADANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI
Tarikh : 28,
29 dan 30 April 2013
Hari : Ahad, Isnin dan Selasa
Tempat : Pulau
Langkawi, Kedah
6.TEMA
Bersosialisasi, Berdikari dan Timba Pengalaman
7.SASARAN
7.1
35
orang PPKI SMK. Pendeta Za’ba
7.2
7 orang guru PPKI SMK. Pendeta Za’ba
7.3
2 orang Pembantu Pengurusan Murid
Pelajar PPKI yang berkelainan upaya ini merangkumi pelajar Slow Learner,
terencat akal sederhana, Autisme, Disleksia dan Hyperaktif.
8.AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA
Penasihat : Tuan
Hj. Rosdin Bin Kasim
Pengetua
SMK. Pendeta Za’ba
Pengerusi : Puan.
Hasmah Binti Abu Bakar
Guru
Penolong Kanan, Pendidikan Khas
Setiausaha : Puan
Norizan Binti Wahid
P/Setiausaha : Puan
Lim Pei Kwan
Cik Norimah Binti Mat Salleh
Bendahari : Puan.
Hasmah Binti Abu Bakar
Puan Norizan Binti Wahid
Puan Sharul Afizah Binti Mohd.
Idris
Ahli Jawatankuasa Kerja
Sumbangan/ : Puan
Sharul Afizah Binti Mohd. Idris
Tajaan Puan Norizan Binti Wahid
Puan
Sa’adiah Binti Kamarudin
Pengangkutan : Puan
Siti Norli Binti Kamarudin
Puan
Nor Wahida Binti Jalil
Puan
Siti Maizura Binti Mansor
Cik
Noraini Binti Basir
Penginapan : Puan
Siti Khairanah Binti Khalid
Puan
Wan Azlima Binti Mohamad
Puan
Azura Binti Dul
Makanan : Puan
Wan Azlima Binti Mohamad
Puan
Siti Maizura Binti Mansor
Cik
Norimah Binti Mat Salleh
Cik
Noraini Binti Basir
Keselamatan : Encik Azean bin Abdullah
Dokumentasi Encik
Noor Azlan bin Abd Rahman
Puan
Lim Pei Kwan
Puan Azura Binti Dul
9.CADANGAN TENTATIF
PROGRAM KE PULAU LANGKAWI
HARI / TARIKH / MASA
|
JADUAL LAWATAN
|
AHAD
28 APRIL 2013
7.00 pg
7.30 pg
8.00 pg
9.30 pg
2.00 ptg
2.30 ptg
8.30 mlm
|
-Berkumpul di PPKI SMK. Pendeta Za’ba
-Bertolak ke Kuala Perlis
-Sarapan di R & R
-Perjalanan ke Kuala Perlis
-Solat dan makan tengahari di R & R
-Meneruskan perjalanan
-Tiba di Kuala Perlis
-Menginap di Kuala Perlis
|
ISNIN
29 APRIL 2013
6.30 pg
8.00 pg
2.00 ptg
2.30 ptg
5.00 ptg
8.00 mlm
10.00 mlm
|
-Solat
-Sarapan pagi
-Tiba di terminal jeti dan bertolak ke Pulau
Langkawi.
-Tiba di jeti Pekan Kuah/ Bertolak ke hotel
-Urus diri dan rehat
-Makan tengahari dan solat
-Lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Pekan
Kuah
-Lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Pulau
Langkawi.
-Solat urus diri
-Makan malam
-Rehat
|
SELASA
30 APRIL 2013
6.00 pg
7.30 pg
8.30 pg
11.00 pg
12 00 tgh
2.00 ptg
7.00 mlm
|
-Bangun, urus diri dan solat
-Sarapan pagi
-Membeli belah di Pekan Kuah
-Bersiap untuk ‘check out’
-Bersedia di jeti Kuah dan bertolak ke Kuala
Perlis
-Makan tengahari/solat
-Bertolak balik
-Dijangka tiba di SMK. Pendeta Za’ba
|
LAMPIRAN 1: PEMBAHAGIAN KUMPULAN
BIL.
|
GURU
|
PELAJAR
|
1
|
PUAN HASMAH ABU BAKAR
PUAN SITI MAIZURA MANSOR
|
MARIA ALYA
MOHD. IDHAM
MUHD ANAS
SITI AZLINA
NUR SYAKIRIN BESTARI
MOHD. ZAHID
|
2
|
ENCIK AZEAN ABDULLAH
WAN AZLIMA MOHAMAD
|
NUR DIYANA
MOHD. FAZRIL FAREQ
MUHD. AMIRUL IZWAN
MOHD. SYAFIQ DANIAL
NORHIYAH
ZAINUL ARIFFIN
|
3
|
ENCIK NOOR AZLAN ABD RAHMAN
PUAN LIM PEI KWAN
PUAN SHARUL AFIZAH IDRIS
|
MUHD BURHANUDDIN
WAN AHMAD FAIZAL
MAYA DANIA
AMIRUL MOHD. NOOR
MOHD NAZIRUL NADZRI
MUHD. FITRI
MOHD. SHAHRIZAN
|
4
|
PUAN NORIZAN WAHID
CIK NORIMAH
|
MUHD. NUR IMAN
MOHD. ZAKWAN
NUR FATIN ATIQAH
KHAIRUL AZLINA
|
LAMPIRAN 2: RAKAMAN FOTO
Gambar: Ibu bapa melambai anak-anak yang
bakal bakal berjalan jauh.
Gambar: Berhenti untuk menikmati sarapan
tajaan Mc Donalds di Hentian R&R Dengkil.
Gambar: Menanti ketibaan feri di Jeti
Kuala Perlis.
Gambar: Murid-murid teruja menanti feri
untuk bergerak.
Gambar: Wajah-wajah ceria setibanya di
Jeti Kuah.
Gambar: Murid-murid yang ditempatkan di
bawah jagaan Encik Noor Azlan, dari kiri Nazirul, Zainul dan Burhanuddin di
Motel Midee Pekan Kuah.
Gambar: Zakwan sibuk memilih cenderamata
untuk dibawa pulang di Pasar Malam Pekan Kuah.
Gambar: Encik Mohamad Radzi menjadi
pemandu pelancong kami semasa lawatan mengelilingi Pulau Langkawi.
Gambar: Melihat sendiri kaedah penyediaan
minyak gamat di Kilang Gamat Nusantara.
Gambar: Mungkin ini botol minyak gamat
terbesar di Pulau Langkawi.
Gambar: Syafiq Danial memilih kain batik
untuk ibunya di Gedung Bayu Enterprise.
Gambar: Menyaksikan persembahan cak
lempong di Perkampungan Mahsuri.
Gambar: Nazirul dan Puan Norizan bergambar
di Makam Mahsuri.
Gambar: Mencuba lesung padi di Perkampungan
Mahsuri.
Gambar: Menyaksikan pelbagai jenis ikan di
Underwater World.
Gambar: Shahrizan terpegun melihat
penguin.
Gambar: Berdikari. Syakirin menceduk lauk
untuk makan tengah hari di Restoren Jom Ikan Bakar.
Gambar: Melihat tapak peninggalan beras
terbakar di Padang Mat Sirat.
Gambar: Singgah solat di Masjid Lama
Padang Mat Sirat.
Gambar: Melihat besarnya tugu burung
helang di Dataran Lang.
Gambar: Syafiq Danial memilih cenderamata
untuk dibawa pulang.
Gambar: Fitri (kiri) dan Shahrizan sedang
menikmati laksa di Restoren Haji Abdul Ghani 2, Kuala Perlis.
Gambar: Hujan lebat sepanjang perjalanan
pulang ke Seremban.
Gambar: Singgah di R&R Tapah untuk
makan dan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Seremban.
No comments:
Post a Comment