Wednesday 30 December 2015

Pendaftaran Pelajar Baru Dan Lama PPKI SMKPZ

Tarikh: 31 Disember 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan pendaftran pelajar baru dan lama PPKI SMKPZ. Kehadiran setakat jam 9.30 pagi hanyalah 15 penjaga. Boleh dikatakan amat mengecewakan kerana semasa bermulanya taklimat oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan PPKI SMKPZ pada jam 8.30 pagi hanya beberapa belas orang sahaja yang hadir. Jumlah pelajar baru yang akan masuk khabarnya 13 orang tetapi penjaga pelajar baru yang hadir hanya 3 sahaja.

Setelah tamat taklimat Puan Hasmah pada jam 9.00 pagi, para penjaga mula bergerak ke kelas PPKI 1, PPKI 6 dan PPKI 7 iaitu tempat di mana kaunter-kaunter pembayaran bagi pembelian buku, peralatan-peralatan sekolah dan juga sumbangan PIBG.

Kaunter pendaftaran.

Inilah rakaman para penjaga yang hadir. Puan Nor Wahidah (kanan berbaju hijau) tak kira kerana itu guru. Jadi berapa yang hadir?
 
Puan Hasmah turut menyuarakan rasa kecewa kerana bilangan yang hadir sedikit walaupun memo telah dikeluarkan sebelum cuti sekolah lagi bagi pelajar-pelajar lama. Para penjaga pelajar baru pula telah dimaklumkan semasa menghantar surat penempatan di Blok PPKI SMKPZ.

Puan Hasmah menyampaikan taklimat.

Perbincangan sedang berlangsung.

Salah satu kaunter pembayaran dikendalikan Puan Wan Azlima.

Kaunter pembayaran di Bilik PPKI 6.

Encik Nilamutheen mendengar penerangan Puan Lim Pei Kuan berkaitan bayaran yang perlu dijelaskan pada tahun ini.

Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2016

Tarikh: 30 Disember 2015 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi sehingga 1.00 petang
Tempat: Kelas PPKI 6

Pada pagi ini telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 1/2016 untuk semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ. Tajuk LDP pagi hari ini ialah Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Penceramah pada pagi ini ialah Puan Siti Khairanah binti Khalid, guru PPKI SMKPZ yang telah mengikuti kursus PLC peringkat sekolah beberapa bulan yang lalu. Selepas perkongsian ilmu oleh Puan Siti Khairanah, guru-guru telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut mata pelajaran masing-masing untuk aktiviti dalam kumpulan.

Puan Siti Khairanah sedang menyampaikan ceramah.

Khusyuk mendengar.

Mesyuarat PPKI SMKPZ 1/2016

Tarikh: 30 Disember 2015 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Ruang pelbagai guna PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan Mesyuarat PPKI SMKPZ 1/2016. Semua guru dan pembantu pengurus murid telah hadir pada pagi ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan PPKI.

Mesyuarat telah membincangkan pelbagai agenda. Agenda yang dibincangkan merangkumi hal-hal kurikulum, hal-ehwal murid dan ko-kurikulum. Mesyuarat turut membincangkan urusan pendaftaran pelajar baru dan lama yang akan berlangsung pada keesokan hari (31 Disember 2015).

Puan Hasmah mempengerusikan mesyuarat.

Mesyuarat sedang berlangsung.

Wednesday 23 December 2015

Pendaftaran Pelajar PPKI SMKPZ Sesi 2016

Dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar PPKI SMKPZ akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
  • Hari: Khamis
  • Tarikh: 31 Disember 2015
  • Masa: 8.00 pagi

Aturcara:
  • 8.00 pagi: Pendaftaran & semakan maklumat pelajar
  • 9.00 pagi: Taklimat ibu bapa / pelajar oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Pendeta Za'ba
  • 9.40 pagi: Pembelian buku-buku / peralatan sekolah
Pihak kami dengan berbesar hati menjemput para ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar PPKI SMKPZ ke program di atas. Selain membuat pembelian buku-buku dan peralatan sekolah, bayaran sumbangan PIBG 2016 juga boleh dibuat yang berjumlah RM145.

Sekian, harap maklum. 

Tuesday 22 December 2015

Selamat Datang Puan Shariza binti Mohd Shaharudin

Warga PPKI SMKPZ mengucapkan selamat datang kepada Puan Shariza binti Mohd Shaharudin (gambar) yang baru bertukar ke sekolah ini. Beliau sebelum ini mengajar di PPKI SMK Panchor, Seremban. Dengan pertukaran beliau ke sekolah ini maka lengkaplah kuota untuk guru PPKI SMKPZ.
Selamat bertugas kami ucapkan.


Persediaan Tahun Akademik 2016

Cuti persekolahan hampir tiba ke penghujungnya. Kalau para penjaga sibuk untuk menguruskan pelbagai urusan persekolahan anak-anak mereka, guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak kurang sibuknya.
Bagi pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ, semenjak awal cuti lagi mereka telah sibuk melakukan pelbagai projek kecerian di Blok PPKI SMKPZ seperti mengecat pagar, meja, kerusi dan pasu bunga. Datanglah sendiri bagi menyaksikan hasil tangan mereka yang sangat membanggakan.

Bagi guru-guru pula telah mula bermesyuarat di Dewan Seri Pendeta pada 22 Disember 2015 (Selasa) dan 23 Disember 2015 (Rabu). Pada hari Selasa pada waktu paginya diadakan Mesyuarat Guru SMKPZ 1/2016 manakala pada waktu petangnya diadakan Mesyuarat Ko-Kurikulum SMKPZ 1/2016. Pada hari Rabu pada waktu paginya diadakan Mesyuarat Kurikulum SMKPZ 1/2016 manakala pada waktu petangnya diadakan Mesyuarat Hal-Ehwal Murid SMKPZ 1/2016.

Mesyuarat panitia-panitia pula akan diadakan mula 28 Disember 2015. Bagi PPKI SMKPZ, mesyuarat akan diadakan pada pagi 30 Disember 2015.

Saksikan sedikit rakaman foto yang sempat diambil.

 Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang mempengerusikan mesyuarat.

 Encik Mohd Loqmanulhakim bin Kamaruldzaman sedang menyemak buku takwim sekolah.

 Encik Azean bin Abdullah menunjukkan isyarat bagus untuk mesyuarat pada kali ini.

Encik Shahrizal (berdiri) bergambar kenang-kenangan bersama-sama guru-guru pendidikan khas.