Tuesday 22 December 2015

Persediaan Tahun Akademik 2016

Cuti persekolahan hampir tiba ke penghujungnya. Kalau para penjaga sibuk untuk menguruskan pelbagai urusan persekolahan anak-anak mereka, guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak kurang sibuknya.
Bagi pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ, semenjak awal cuti lagi mereka telah sibuk melakukan pelbagai projek kecerian di Blok PPKI SMKPZ seperti mengecat pagar, meja, kerusi dan pasu bunga. Datanglah sendiri bagi menyaksikan hasil tangan mereka yang sangat membanggakan.

Bagi guru-guru pula telah mula bermesyuarat di Dewan Seri Pendeta pada 22 Disember 2015 (Selasa) dan 23 Disember 2015 (Rabu). Pada hari Selasa pada waktu paginya diadakan Mesyuarat Guru SMKPZ 1/2016 manakala pada waktu petangnya diadakan Mesyuarat Ko-Kurikulum SMKPZ 1/2016. Pada hari Rabu pada waktu paginya diadakan Mesyuarat Kurikulum SMKPZ 1/2016 manakala pada waktu petangnya diadakan Mesyuarat Hal-Ehwal Murid SMKPZ 1/2016.

Mesyuarat panitia-panitia pula akan diadakan mula 28 Disember 2015. Bagi PPKI SMKPZ, mesyuarat akan diadakan pada pagi 30 Disember 2015.

Saksikan sedikit rakaman foto yang sempat diambil.

 Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang mempengerusikan mesyuarat.

 Encik Mohd Loqmanulhakim bin Kamaruldzaman sedang menyemak buku takwim sekolah.

 Encik Azean bin Abdullah menunjukkan isyarat bagus untuk mesyuarat pada kali ini.

Encik Shahrizal (berdiri) bergambar kenang-kenangan bersama-sama guru-guru pendidikan khas.

No comments:

Post a Comment