Wednesday 23 August 2017

Kuiz & Kolaj Kemerdekaan

Tarikh: 24 Ogos 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Sambutan Bulan Kemerdekaan PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Kuiz Kemerdekaan yang dikendalikan oleh Puan Siti Khairanah serta Kolaj Kemerdekaan yang dilaksanakan oleh warga PPKI SMKPZ dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Dua kumpulan sedang dibentuk bagi menjayakan Kuiz Kemerdekaan.

 Puan Siti Khairanah menyampaikan taklimat.

 Kuiz bermula.

 Memerhatikan tayangan dengan teliti.

 Pandangan dari mereka yang duduk di baris belakang.

 Ahli-ahli kumpulan diberi peluang berbincang sebelum memberi jawapan.

 Cikgu Mohd Abdullah (kanan) turut membantu ahli-ahli kumpulan memberi jawapan.

 Pembahagian kumpulan-kumpulan kecil untuk Kolaj Kemerdekaan.

 Tekun memotong dan menampal kertas warna.

 Kumpulan di PPKI 6.

Kumpulan di ruang serbaguna PPKI.

 Antara yang menarik.

Hasil-hasil karya seni pelajar dikumpulkan untuk penilaian.

Permainan Boling Di AEON Seremban 2 dan Taklimat Permohonan Ke SMPKV

Tarikh: 23 Ogos 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (permainan boling) & 1.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari (taklimat permohonan ke SMPKV)
Tempat: Pusat Permainan Boling AEON Seremban 2 dan Ruang Serbaguna Blok PPKI SMPKV

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ telah mengikuti aktiviti permainan boling di AEON Seremban 2. Pada sebelah tengah hari pula satu taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas kepada para penjaga yang ingin anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional pada tahun 2018.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Memilih bola.

 Menunggu giliran untuk membuat balingan.

Klik untuk melihat video suasana semasa permainan boling berlangsung
 

 Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas menyampaikan taklimat kepada para penjaga.

Pelbagai soalan diutarakan para penjaga.

Friday 18 August 2017

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat PPKI SMKPZ

Tarikh: 19 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan pelancaran program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat PPKI SMKPZ. Program ini telah dilancarkan perasmiannya oleh Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas SMKPZ. Setelah pelancaran, para pelajar bersama dengan guru kelas masing-masing menceriakan kelas untuk Pertandingan Keceriaan Merdeka.

 Cikgu Mohd Abdullah mengacarakan majlis.

 Mengaminkan doa yang dibaca.

 Tuan Haji Raduan menyampaikan ucapan perasmian.

 Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh warga PPKI SMKPZ.


 Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 3.

 Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 5.

 Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 4.

 Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 6.

 Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 1.

 Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 2.

Aktiviti keceriaan di kelas PPKI 7.

Tuesday 15 August 2017

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 16 Ogos 201 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan sambutan program di atas. Warga PPKI turut mengambil bahagian dalam acara persembahan dengan sebuah deklamasi sajak bertajuk "Erti Merdeka" yang telah dideklamasikan oleh Zairul Iqmal dan Nasrullah E'man. Warga PPKI juga turut kemudiannya menyanyikan lagu beretajuk "Satu Malaysia" secara beramai-ramai.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Inikah montajnya cikgu? Itu bannerlah bang.

 Tetamu-tetamu kehormat mengambil tempat.
 
 Mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Abdullah.

 Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMK Pendeta Za'ba menyampaikan ucapan perasmian.

 Pendeta Za'ba datang dengan Basikal Masa untuk melengkapkan gimik perasmian majlis pada pagi ini.

 Dato' Haji Sudin bin Kamari, mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan merupakan penceramah jemputan untuk majlis pada pagi ini. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pengisian Kemerdekaan."

 Warga PPKI bersiap untuk membuat persembahan.

 Sajak dideklamasikan oleh Nasrullah E'man (kiri depan) dan Zairul Iqmal (kanan depan).

 Akmal (kanan sekali) sungguh bersemangat menyanyikan lagu "Satu Malaysia."

 Tetamu-tetamu kehormat menyukai persembahan oleh para pelajar.

 Najmi (depan) bersedih tak dapat turut serta menyertai rakan-rakan di pentas. Terlupa bawa baju Melayu katanya.

 Cikgu Juhaida menyampaikan lagu bertajuk "Dirgahayu."

 Nyanyian lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai.

Kalau tak ambil gambar sendiri memang tak ada la gambar dalam blog ni.

Bagi yang ingin lihat banner yang saya buat semasa majlis pada pagi ini boleh klik pautan di bawah

Sunday 13 August 2017

Hari Usahawan SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Program di atas telah dijalankan pada hari ini dengan kerjasama antara PIBG SMK Pendeta Za'ba dan SMK Pendeta Za'ba. Hampir 50 gerai telah dibuka menjual pelbagai produk makanan serta minuman, barangan kecantikan, pakaian terpakai, permainan, pokok-pokok dan macam-macam lagi. Ada juga perniagaan kafe siber dan juga tayangan video.
Warga PPKI juga membuka gerai pada hari ini. Ada jualan kek, roti, sayur-sayuran, pokok-pokok, permainan golf dan menangkap ikan. Saksikam rakaman yang sempat saya buat.

 Hakim sedang mengadun kek.

 Menghantar mufin ke gerai jualan di kantin.

 Cikgu Shariza menguji adunan kek.

Cikgu Mohd dan Cikgu Sa'adiah membuat persediaan di gerai.
 
 Cikgu Norli menampal iklan.

 Cikgu Wan Ibrahim ingin mengambil kupon terlebih dahulu.

 Semua sibuk membuat persediaan untuk mula menjual.

 Ada laksa.

 Ada Aiskrim Pon Pon.

 Encik Meon pun buka gerai juga.

 Mari bermain golf.

 Cikgu Azean bermain golf.

 Suasana astaka setelah perasmian berlangsung.

 Ramai yang bermain golf.

 Cikgu Najib membuat pengumuman.

 Tangkap jangan tak tangkap ikan.

 Ikan-ikan cuba melarikan diri.

 Menikmati makanan dan minuman yang telah dibeli.

 Ikan di kolam, kupon di tangan.

 Si kecil juga ingin menangkap ikan.

Tahun depan kita buka 3 kolam.