Tuesday 15 August 2017

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 16 Ogos 201 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan sambutan program di atas. Warga PPKI turut mengambil bahagian dalam acara persembahan dengan sebuah deklamasi sajak bertajuk "Erti Merdeka" yang telah dideklamasikan oleh Zairul Iqmal dan Nasrullah E'man. Warga PPKI juga turut kemudiannya menyanyikan lagu beretajuk "Satu Malaysia" secara beramai-ramai.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Inikah montajnya cikgu? Itu bannerlah bang.

 Tetamu-tetamu kehormat mengambil tempat.
 
 Mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Abdullah.

 Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMK Pendeta Za'ba menyampaikan ucapan perasmian.

 Pendeta Za'ba datang dengan Basikal Masa untuk melengkapkan gimik perasmian majlis pada pagi ini.

 Dato' Haji Sudin bin Kamari, mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan merupakan penceramah jemputan untuk majlis pada pagi ini. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pengisian Kemerdekaan."

 Warga PPKI bersiap untuk membuat persembahan.

 Sajak dideklamasikan oleh Nasrullah E'man (kiri depan) dan Zairul Iqmal (kanan depan).

 Akmal (kanan sekali) sungguh bersemangat menyanyikan lagu "Satu Malaysia."

 Tetamu-tetamu kehormat menyukai persembahan oleh para pelajar.

 Najmi (depan) bersedih tak dapat turut serta menyertai rakan-rakan di pentas. Terlupa bawa baju Melayu katanya.

 Cikgu Juhaida menyampaikan lagu bertajuk "Dirgahayu."

 Nyanyian lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai.

Kalau tak ambil gambar sendiri memang tak ada la gambar dalam blog ni.

Bagi yang ingin lihat banner yang saya buat semasa majlis pada pagi ini boleh klik pautan di bawah

No comments:

Post a Comment