Sunday 13 August 2017

Hari Usahawan SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Program di atas telah dijalankan pada hari ini dengan kerjasama antara PIBG SMK Pendeta Za'ba dan SMK Pendeta Za'ba. Hampir 50 gerai telah dibuka menjual pelbagai produk makanan serta minuman, barangan kecantikan, pakaian terpakai, permainan, pokok-pokok dan macam-macam lagi. Ada juga perniagaan kafe siber dan juga tayangan video.
Warga PPKI juga membuka gerai pada hari ini. Ada jualan kek, roti, sayur-sayuran, pokok-pokok, permainan golf dan menangkap ikan. Saksikam rakaman yang sempat saya buat.

 Hakim sedang mengadun kek.

 Menghantar mufin ke gerai jualan di kantin.

 Cikgu Shariza menguji adunan kek.

Cikgu Mohd dan Cikgu Sa'adiah membuat persediaan di gerai.
 
 Cikgu Norli menampal iklan.

 Cikgu Wan Ibrahim ingin mengambil kupon terlebih dahulu.

 Semua sibuk membuat persediaan untuk mula menjual.

 Ada laksa.

 Ada Aiskrim Pon Pon.

 Encik Meon pun buka gerai juga.

 Mari bermain golf.

 Cikgu Azean bermain golf.

 Suasana astaka setelah perasmian berlangsung.

 Ramai yang bermain golf.

 Cikgu Najib membuat pengumuman.

 Tangkap jangan tak tangkap ikan.

 Ikan-ikan cuba melarikan diri.

 Menikmati makanan dan minuman yang telah dibeli.

 Ikan di kolam, kupon di tangan.

 Si kecil juga ingin menangkap ikan.

Tahun depan kita buka 3 kolam.

No comments:

Post a Comment