Thursday 29 August 2013

Rakaman Aktiviti Hari Kelima (Jumaat) Minggu Kemerdekaan

Gambar: AJK hadiah giat membungkus.
 
Gambar: Afiqah memenangi hadiah kuiz.

Gambar: Zainol cuba menjawab soalan kuiz.

Gambar: Nazilah menerima hadiah.

Gambar: Burhanuddin menerima hadiah.

Gambar: Fatin menerima hadiah.

Gambar: Maya Dania menerima hadiah.

Gambar: Persembahan johan nyanyian lagu patriotik, PPKI 4.

Wednesday 28 August 2013

Rakaman Aktiviti Hari Keempat (Khamis) Minggu Kemerdekaan

Gambar: Permainan Betul Ke Bohong?

Gambar: Murid lelaki diwakili dari kiri Burhanuddin, Ikram dan Anas.

Gambar: Puan Shahrul Afizah menjadi MC manakala Cikgu Siti Khairanah mengendalikan lcd.

Gambar: Murid perempuan diwakili dari kiri Husna, Diyana dan Hiyah.

Gambar: "Betul!!!" jawab sebilangan murid.

Gambar: Maya Dania membaca ikrar Rukun Negara.

Gambar: Barisan hakim pertandingan membaca ikrar Rukun Negara.

Rakaman Aktiviti Hari Ketiga (Rabu) Minggu Kemerdekaan

Gambar: PPKI 7 sedang berlatih untuk pertandingan nyanyian patriotik.

Gambar: Tiba-tiba ada latihan kebakaran pada pagi tu.

Gambar: Nampak tak jentera bomba tu?

Gambar: Demonstrasi memadam kebakaran oleh ahli bomba.

Gambar: Tiba-tiba dah sampai ke Pasar Raya AEON Seremban 2 untuk permainan boling. Meronda dulu kerana lane sudah penuh.

Gambar: Hiyah (kanan) membimbing Rozie membuat balingan.
 
Gambar: Anas sedang membuat capan tangan

Gambar: Amirah sedang membilang jumlah Jalur Gemilang.

Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang membuat capan.

Gambar: Cikgu Wan Azlima sedang menyapu warna di tangan Yap Pau Heng.

Gambar: Teringat peristiwa meletak Batu Hajar Aswad zaman Nabi SAW dulu.

Gambar: Hasil akhir warga PPKI.

Gambar: Orang lain semua pakai satu warna saja, Cikgu Noor Azlan dua warna iaitu hijau dan kuning. Orang lain tulis rumi, Cikgu Noor Azlan tulis jawi.

Monday 26 August 2013

Rakaman Aktiviti Hari Kedua (Selasa) Minggu Kemerdekaan

Gambar: Ashikin sedang menyiapkan kad ucapan kemerdekaan.

Gambar: Maya sedang mewarna logo kemerdekaan.

Gambar: Arif sedang mewarna bunga raya.

Gambar: Rozediana sedang mewarna logo kemerdekaan.

Gambar: Haikal sedang mencari perkataan tersembunyi.

Rakaman Aktiviti Hari Pertama (Isnin) Minggu Kemerdekaan

Gambar: Cikgu Nik Marwan menjadi pengacara majlis.

Gambar: Murid-murid mendengar penerangan Cikgu Nik Marwan.

Gambar: Firdaus sedang mendeklamasi membaca sajak.
 
 Gambar: Puan Afizah dan Cikgu Siti sedang menyorokkan bahan-bahan pertandingan mencari harta harun karun.
 
Gambar: Cikgu Siti bersemangat memberi penerangan untuk pertandingan mencari harta karun.
 
Gambar: "Cikgu Azlan, Perodua Alza ni bukan kereta import dari Jepun ke? Perodua tampal badge Perodua dan Alza saja kan? Kat Jepun nama dia Daihatsu Boon Luminas," kata Faris kepada saya. Budak pendidikan khas pun tau industri kereta kita hanya boleh pasang balik kereta import saja, tak boleh buat model sendiri.
 
Gambar: Faizal mencari benda tersembunyi.
 
Gambar: Akhirnya ada juga gambar kameraman satu.
 
Gambar: Wakil kumpulan mendengar penerangan sebelum membuat pencarian.

Mewarna Sepanduk Merdeka

Berikut ialah rakaman aktiviti guru-guru yang mewarna sepanduk merdeka pada hari Sabtu 24 Ogos baru-baru ini.




Friday 23 August 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke 56 PPKI SMKPZ

Pada awal pagi Sabtu (24 Ogos 2013) sekolah ganti ini setelah kami selesai menikmati jamuan Hari Raya Aidilfitri guru dan staf SMKPZ, satu taklimat ringkas berkaitan Akitiviti Program Minggu Kemerdekaan PPKI yang akan diadakan sepanjang minggu hadapan telah diadakan.

Setelah selesai taklimat, warga PPKI SMKPZ menggembeleng tenaga mengantung bendera, membuat sepanduk dan lain-lain lagi. Pada minggu hadapan pelbagai pengisian telah dirancang seperti pertandingan mendeklamasi sajak, mewarna, capan bendera, kuiz dan nyanyian lagu patriotik.

Gambar: Taklimat sedang berlangsung.

Gambar: Cikgu Asraf sedang menggantung bendera dibantu murid-murid.

Gambar: Cikgu Marwan membantu Cikgu Saadiah menyiapkan sepanduk.

Gambar: Cikgu Asraf menggantung bendera.

Wednesday 21 August 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKI SMKPZ

Tarikh: 21 Ogos 2013 (Rabu)
Masa: 1.20 tengah hari hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Bersempena dengan Syawal yang baru masuk dua minggu, seperti kebanyakkan PPKI lain di seluruh negara, PPKI SMKPZ tidak ketinggalan mengadakan pertandingan minum air gas Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini, selain nasi tomato (saya makan ayam gorengnya saja) yang ditempah dari kantin, guru-guru perempuan dan pembantu-pembantu pengurusan murid turut bergotong-royong menyediakan mee goreng, nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam, sambal ikan bilis, laksa untuk hidangan pada tengah hari tersebut.
Kami sangat berbesar hati di atas kesudian barisan pentadbir yang sudi hadir untuk bersama dengan kami warga PPKI SMKPZ untuk memeriahkan majlis pada tengah hari tersebut. Moga-moga majlis seperti ini akan dapat mengeratkan silatulrahim di kalangan kita.

Gambar: Cikgu Norli sedang memilih sudu dan garfu.

Gambar: Sungguh berselera murid-murid makan.

Gambar: Hari yang ada makan-makan macam ni selalunya kehadiran agak tinggi.

Gambar: Pegawai Pemerintah Rejimen 508 Askar Wataniah GPK HEM, Tuan Haji Roslan Omar sedang makan nasi himpit.

Gambar: "Kalau nak tau santan untuk buat kuah lodeh ni saya la yang tolong pi beli tadi," kata Cikgu Azean kepada saya.

Gambar: Husaini sedang membuka bekas kuih.