Thursday 28 April 2016

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2016

Tarikh: 29 April 2016 (Jumaat)
Masa: 7.20 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah diadakan Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2016. Penceramah undangan pada pagi ini ialah Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali. Beliau yang merupakan Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah berkongsi pelbagai kisah-kisah yang berlaku semasa Nabi Muhammad SAW mengalami peristiwa Israk Mikraj.
Ikuti rakaman yang sempat dibuat oleh saya.

Jimat belanja, menggunakan lcd sahaja untuk banner.

Yang Berbahagia Ustaz Mohd Hapizi sedang menyampaikan ceramah.

Husaini (kanan) tekun mendengar ceramah.

Majlis ilmu yang mana yang turut hadir ialah malaikat-malaikat. Hari ni semua tekun mendengar ceramah.

Tuesday 26 April 2016

Permainan Boling Bagi Bulan April 2016

Tarikh: 27 April 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Gelanggang Boling AEON Seremban 2

Pada hari ini telah diadakan aktiviti permainan boling bagi bulan April 2016 untuk warga PPKI SMKPZ. Hari ini lebih istimewa kerana setelah tamat bermain boling, kami telah menikmati jamuan burger di Mc Donalds.
Jumpa lagi bulan depan!

Menunggu murid bersedia untuk bermain.

Macam pertandingan ratu cantik pulak.

Boleh masuk majalah sekolah ni.

Emmm, sedap burger!

Sunday 24 April 2016

Membaca Selama 10 Minit

Tarikh: 25 April 2016 (Isnin)
Masa: 11.40 pagi hingga 11.50 pagi
Tempat: Kelas masing-masing

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ turut menyokong Program Membaca Selama 10 Minit anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Ikuti rakaman saya yang sempat merakam gambar murid-murid PPKI SMKPZ sedang membaca.

Murid PPKI 5 sedang membaca.

Murid PPKI 4 sedang membaca.

LDP PLC

Tarikh: 23 April 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta dan Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini guru-guru SMKPZ telah mengikuti LDP PLC. Antara pengisian program ialah ceramah "Lesson Study" dan LDK penyediaan RPH mengikut format PLC.
Ikuti rakaman gambar yang sempat dibuat.

Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof sedang menyampaikan perkongsian ilmu bertajuk "Lesson Study."

Paparan LCD.

Peserta-peserta LDP.

Puan Hajah Azizah Jamali sedang menyampaikan taklimat berkaitan LDK yang akan dilakukan dalam sesi berikut.

Guru-guru PPKI sedang berbincang menyiapkan RPH berformat PLC.
 
Sudut pandang lain.

Thursday 21 April 2016

Meraikan Dan Diraikan

Tarikh: 22 April 2016 (Jumaat)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari hari ini dua majlis berlangsung serentak. Majlis yang pertama ialah bagi meraikan pemenang-pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dilangsungkan sepanjang Minggu Bahasa PPKI SMKPZ. Majlis yang kedua ialah bagi meraikan hari lahir Tuan Haji Roslan bin Omar, GPK HEM SMKPZ.
Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Tuan Haji Roslan di atas jamuan kari kambing.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Fitri (kiri) dan Adib memilih pucuk ubi.

Puan Hasmah dan Tuan Haji Roslan sedang membincangkann sesuatu di gedohok (istilah tempat masak untuk kenduri bagi orang Kedah).

Puan Fizah dan dayang-dayang memotong bahan-bahan untuk masakan.

Puan Shariza mempengerusikan majlis penyampaian hadiah.

Puan Wan Azlima menjaga hadiah.

Nasrullah menjadi johan pertandingan ejaan.

Fitri menjadi johan pertandingan Ceria Didik.

Razib menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Ceria Didik Berkumpulan.

Syahmi menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Eksplorasi.

Asyikin menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Kuiz Bahasa Melayu.

Faizal menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Kuiz Bahasa Inggeris.

Nasrul menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan ABM Puppet Show.

Adib menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi naib johan pertandingan ABM Puppet Show.
 
Surini menjadi peserta contoh perempuan.

Fitri menjadi peserta contoh lelaki.

VIP menikmati jamuan di kelas PPKI 1.

Cikgu Lim mengedarkan nasi dan lauk kepada para pelajar.

Mencedukkan makanan untuk para pelajar.

Sedapnya.
 
Gembira menikmati rezeki.

Membaca doa makan.

Wednesday 20 April 2016

Hari Keempat Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 21 April 2016 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti Minggu Bahasa PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Kuiz Bahasa Melayu, English Language Quiz, Simon Says dan Ceritaku.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Kuiz Bahasa Melayu sedang berlangsung.

Hamas sedang menjawab soalan.

Khusyuk mengikuti program.

Cikgu Lim mengendalikan English Language Quiz.

Mungkin kita perlu pasang pendingin hawa di koridor untuk keselesaan di masa akan datang.

Cikgu Lim mengendalikan Pertandingan Simon Says.

Simon says pull your ears.

Inilah Ceritaku.

Hari Ketiga Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 20 April 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini pelajar telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan kecil dan dimentorkan oleh seorang guru atau PPM bagi menyertai pertandingan Puppet Show. Dalam segmen pertama, semua kumpulan telah membina boneka daripada pelbagai jenis bahan-bahan terbuang.
Dalam segmen kedua, murid-murid telah membuat persembahan drama dengan menggunakan boneka-boneka yang telah dibuat dalam segmen pertama. Bermacam cerita dan lagu dipersembahkan yang mengundang kegembiraan semua.
Ikuti rakaman yang sempat dibuat.

Cikgu Wan sedang membahagikan kumpulan.

Mewarna muka watak-watak boneka.

Mohd Nasrul Hakim menyapukan gam.

Dah siap.

Tok dan nenek-nenek dalang.

Persembahan sedang berlangsung.

Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas menjadi hakim untuk pertandingan hari ini.

Minggu Pendidikan Islam pun saya nak recycle idea ni.