Wednesday 20 April 2016

Hari Ketiga Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 20 April 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini pelajar telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan kecil dan dimentorkan oleh seorang guru atau PPM bagi menyertai pertandingan Puppet Show. Dalam segmen pertama, semua kumpulan telah membina boneka daripada pelbagai jenis bahan-bahan terbuang.
Dalam segmen kedua, murid-murid telah membuat persembahan drama dengan menggunakan boneka-boneka yang telah dibuat dalam segmen pertama. Bermacam cerita dan lagu dipersembahkan yang mengundang kegembiraan semua.
Ikuti rakaman yang sempat dibuat.

Cikgu Wan sedang membahagikan kumpulan.

Mewarna muka watak-watak boneka.

Mohd Nasrul Hakim menyapukan gam.

Dah siap.

Tok dan nenek-nenek dalang.

Persembahan sedang berlangsung.

Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas menjadi hakim untuk pertandingan hari ini.

Minggu Pendidikan Islam pun saya nak recycle idea ni.

No comments:

Post a Comment