Thursday 21 April 2016

Meraikan Dan Diraikan

Tarikh: 22 April 2016 (Jumaat)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari hari ini dua majlis berlangsung serentak. Majlis yang pertama ialah bagi meraikan pemenang-pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dilangsungkan sepanjang Minggu Bahasa PPKI SMKPZ. Majlis yang kedua ialah bagi meraikan hari lahir Tuan Haji Roslan bin Omar, GPK HEM SMKPZ.
Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Tuan Haji Roslan di atas jamuan kari kambing.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Fitri (kiri) dan Adib memilih pucuk ubi.

Puan Hasmah dan Tuan Haji Roslan sedang membincangkann sesuatu di gedohok (istilah tempat masak untuk kenduri bagi orang Kedah).

Puan Fizah dan dayang-dayang memotong bahan-bahan untuk masakan.

Puan Shariza mempengerusikan majlis penyampaian hadiah.

Puan Wan Azlima menjaga hadiah.

Nasrullah menjadi johan pertandingan ejaan.

Fitri menjadi johan pertandingan Ceria Didik.

Razib menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Ceria Didik Berkumpulan.

Syahmi menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Eksplorasi.

Asyikin menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Kuiz Bahasa Melayu.

Faizal menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan Kuiz Bahasa Inggeris.

Nasrul menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi johan pertandingan ABM Puppet Show.

Adib menerima hadiah untuk kumpulannya yang menjadi naib johan pertandingan ABM Puppet Show.
 
Surini menjadi peserta contoh perempuan.

Fitri menjadi peserta contoh lelaki.

VIP menikmati jamuan di kelas PPKI 1.

Cikgu Lim mengedarkan nasi dan lauk kepada para pelajar.

Mencedukkan makanan untuk para pelajar.

Sedapnya.
 
Gembira menikmati rezeki.

Membaca doa makan.

No comments:

Post a Comment