Wednesday 20 April 2016

Bintang-Bintang Di Langit...

Tarikh: 20 April 2016 (Rabu)
Masa: 7.20 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Anugerah Bintang Pengetua, Sijil Pelajar Harapan dan Anugerah Ibnu Khaldun bagi mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa Ujian Selaras 1 yang lalu. Daripada 53 murid, 35 murid mendapat pelbagai anugerah yang disampaikan pada pagi ini.

Pelajar yang paling cemerlang pada hari ini di kalangan semua penerima anugerah ialah Wan Ahmad Faizal bin Wan Mazaruddin yang menerima Anugerah Bintang Perak Pengetua. Tahniah kepada semua pemenang!

Montaj program.

Ustaz Norsharul Azemi membacakan doa pembuka majlis.

YDP PIBG SMKPZ, Encik Shahrum Azam bin Mamat menyampaikan ucapan.

Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ menyampaikan ucapan.

Ain Syuhada binti Abdullah menerima Anugerah Ibnu Khaldun daripada Tuan Haji Roslan bin Omar, GPK HEM SMKPZ.
 
Pastinya Encik Jamal bin Mat Sit (kanan bawah memegang kamera) berasa sangat bangga dengan anaknya Mohd Razib yang menerima Anugerah Sijil Pelajar Harapan.

Wan Ahmad Faizal bin Wan Mazaruddin yang menerima Anugerah Bintang Perak Pengetua daripada Puan Hajah Hamidah binti Burok.
 
Harap-harap pada majlis akan datang semua pelajar menerima anugerah.

No comments:

Post a Comment