Tuesday 24 July 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55 Peringkat Sekolah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SMK Pendeta Za’ba


Tarikh: 24 Julai 2012 (Selasa)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta


Kemerdekaan negara kita yang tahun ini mencapai 55 tahun harus dihargai semua warganya. Warga PPKI tidak ketinggalan bersama-sama menyertai program di atas. Program anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia Negeri Sembilan (Negeri FM) ini dirasmikan oleh Encik Mohamad Radzi bin Wahab, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Negeri Sembilan yang mewakili Pengarah JPN Negeri Sembilan.

Antara pengisian program pada hari ini ialah deklamasi puisi oleh pelajar-pelajar SMK Pendeta Za’ba, nyanyian oleh Aweera Mojo, persembahan skesta oleh ikon NegeriFM dan bicara tokoh sejarah oleh Dato’ Andika Norzali bin Ibrahim. Pengisian yang pelbagai menarik perhatian semua yang hadir.
 
Setelah penyampaian cenderamata kepada tetamu VIP yang hadir, majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Aku Anak Malaysia, Janji Ditepati dan Jalur Gemilang. Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi di masa hadapan bagi memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga sekolah.

 Gambar: Perarakan masuk VIP.

 Gambar: Ketua Sektor sedang menyampaikan ucapan perasmian.

 Gambar: Guru-guru sedang menghayati ucapan.

 Gambar: GPK HEM (kanan sekali) sedang menyatakan sesuatu kepada Usaid bin Basit.

 Gambar: Nyanyian Saya Anak Malaysia secara beramai-ramai.

 Gambar: Semua teruja menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Kenduri Menyambut Ramadhan PPKI SMK Pendeta Za’ba


Tarikh: 19 Julai 2012 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI

Bagi menyambut Ramadhan yang sentiasa dinanti-nanti oleh semua umat Islam, warga PPKI SMK Pendeta Za’ba telah mengadakan suatu kenduri untuk meraikannya. Warga PPKI yang terdiri daripada guru-guru, pembantu-pembantu pengurusan murid serta murid-murid telah bergotong-royong memasak beberapa juadah.

Antara juadah yang telah disediakan pada hari tersebut ialah nasi putih, gulai ayam, ikan masin goreng, sayur campur, buah tembikai, cendol dan air sirap. Untuk VIP yang terdiri daripada puan pengetua dan guru-guru penolong kanan ada satu lauk tambahan iaitu ikan siakap tiga rasa.

Murid-murid yang tidak terlibat dengan penyediaan makanan telah mengikuti program kuiz agama yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih. Terdapat juga slot tayangan animasi Upin dan Ipin serta Boiboi Boy.

Sesungguhnya program ini membantu mengeratkan hubungan di kalangan warga PPKI. Semoga program sebegini akan diteruskan di masa hadapan.

 Gambar: Murid-murid sedang membersihkan pinggan mangkuk.

 Gambar: Guru-guru sedang memasak gulai ayam.

 Gambar: Murid sedang membasuh pinggan mangkuk.

 Gambar: Penyediaan bahan masakan di dapur.

 Gambar: Guru pelatih mengendalikan kuiz bersama murid.

 Gambar: Ada juga yang bermain Sahibba.

 Gambar: Guru-guru sedang mencedukkan lauk untuk jamuan.

 Gambar: Murid-murid tak sabar menikmati hidangan.

 Gambar: Puan Pengetua sedang menikmati hidangan bersama guru-guru.

Monday 9 July 2012

Murid-murid PPKI SMK Pendeta Za’ba Memeriahkan 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Tarikh: 10 Julai 2012 (Selasa)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SMK Pendeta Za’ba

Selaras dengan dasar kerajaan yang mahu murid-murid negara kita sihat tubuh badannya, maka amat wajarlah Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Murid-murid kami tidak ketinggalan turut menyertai program ini pada peringkat sekolah bersama-sama bersenamrobik dengan murid-murid aliran perdana.

Program yang bermula pada 7.40 pagi ini telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan oleh Yang Di Pertua PIBG dan bacaan teks ucapan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia oleh guru bertugas. Murid-murid lelaki dan perempuan kemudian dipisahkan iaitu murid-murid lelaki melakukan senamrobik di tapak perhimpunan manakala murid-murid perempuan melakukan senamrobik di Dewan Seri Pendeta.

Sesungguhnya aktiviti senamrobik yang dijalankan dapat memupuk minat murid-murid, guru-guru dan staf sokongan untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

 Gambar: Murid-murid lelaki PPKI.
Gambar: Murid-murid perempuan PPKI.
Gambar: Murid-murid menghayati ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG.
Gambar: Murid-murid bersenamrobik dengan muzik latar Anak Kampung.
Gambar: Murid-murid bersenamrobik dengan sepenuh hati.
Gambar: Rakaman senamrobik dari tingkat teratas blok pentadbiran sekolah.

Wednesday 4 July 2012

Aktiviti Permainan Boling Bulan Jun

Tarikh: 4 Julai 2012 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Pasaraya AEON Seremban 2

Pada hari ini telah berlangsung aktiviti permainan boling untuk murid-murid PPKI SMK Pendeta Za'ba. Murid-murid telah bertolak ke sana jam 10.00 pagi. Setibanya di sana murid-murid dibahagikan mengikut lorong-lorong dan bermain di bawah pengawasan guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid.

Ada yang berjaya melakukan strike dan ada yang asyik masuk longkang sahaja walaupun gaya balingan seperti Shalin Zulkifli. Begitulah kelebihan dan kekurangan pada setiap insan.

Permainan yang akan datang ialah pada 18 Julai 2012.



Sunday 1 July 2012

Lawatan Ke Pameran MAHA Negeri Sembilan 2012

Tarikh: 28 Jun 2012 (Khamis)

Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat: Tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Pendidikan tidak hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja. Salah satu cara mempelbagai penyampaian ilmu kepada murid-murid pendidikan khas ialah dengan membawa mereka untuk melihat pameran yang diadakan berhampiran sekolah. Bersempena dengan Lawatan Ke Pameran MAHA Negeri Sembilan 2012 baru-baru ini murid-murid PPKI SMK Pendeta Za’ba tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Untuk ke tempat pameran, guru-guru telah menggunakan kenderaan sendiri untuk mengangkut murid-murid. Setibanya di sana murid-murid telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lebih kecil iaitu satu guru bagi setiap 3 atau 4 murid. Setiap kumpulan kemudiannya bergerak sendiri ke tempat-tempat pameran.

Pelbagai pameran yang menarik dapat disaksikan. Ada pameran lembu pedaging, arnab, kambing biri-biri, makanan sejuk beku, pokok-pokok bunga, herba, jentera dan lain-lain lagi.
Lebih kurang jam 12.30 tengah hari kami pun pulang ke sekolah. Pengalaman dan pelajaran yang diperolehi daripada lawatan ini tidak ternilai dan sangat berharga.

Gambar: Bergambar kenangan bersama murid.

Gambar: Bergambar bersama jentera pembajak.

Gambar: Menyaksikan lembu pedaging.

Gambar: Ooo, ini rupanya buah kelapa sawit.

Perjumpaan Tiga Penjuru Bagi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

Tarikh: 29 Jun 2012 (Jumaat)

Masa: 8.20 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat: Blok Pendidikan Khas

Setelah setengah tahun bersekolah tibalah masanya untuk para penjaga bersemuka dengan guru-guru bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Lebih daripada 50 peratus penjaga hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap program anjuran sekolah ini.

Selain daripada membincangkan hal akademik, terdapat juga perbincangan mengenai masalah disiplin yang dibincangkan bagi sebilangan kecil murid. Para penjaga yang hadir telah memberi input-input positif kepada pihak sekolah.

Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi di masa hadapan. Terima kasih kepada para penjaga yang telah hadir memberi sokongan.

Gambar: Guru-guru menanda kehadiran murid.

Gambar: GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah (kanan) sedang berbincang sesuatu dengan penjaga yang hadir.