Monday 9 July 2012

Murid-murid PPKI SMK Pendeta Za’ba Memeriahkan 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Tarikh: 10 Julai 2012 (Selasa)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SMK Pendeta Za’ba

Selaras dengan dasar kerajaan yang mahu murid-murid negara kita sihat tubuh badannya, maka amat wajarlah Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Murid-murid kami tidak ketinggalan turut menyertai program ini pada peringkat sekolah bersama-sama bersenamrobik dengan murid-murid aliran perdana.

Program yang bermula pada 7.40 pagi ini telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan oleh Yang Di Pertua PIBG dan bacaan teks ucapan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia oleh guru bertugas. Murid-murid lelaki dan perempuan kemudian dipisahkan iaitu murid-murid lelaki melakukan senamrobik di tapak perhimpunan manakala murid-murid perempuan melakukan senamrobik di Dewan Seri Pendeta.

Sesungguhnya aktiviti senamrobik yang dijalankan dapat memupuk minat murid-murid, guru-guru dan staf sokongan untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

 Gambar: Murid-murid lelaki PPKI.
Gambar: Murid-murid perempuan PPKI.
Gambar: Murid-murid menghayati ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG.
Gambar: Murid-murid bersenamrobik dengan muzik latar Anak Kampung.
Gambar: Murid-murid bersenamrobik dengan sepenuh hati.
Gambar: Rakaman senamrobik dari tingkat teratas blok pentadbiran sekolah.

No comments:

Post a Comment