Tuesday 24 July 2012

Kenduri Menyambut Ramadhan PPKI SMK Pendeta Za’ba


Tarikh: 19 Julai 2012 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI

Bagi menyambut Ramadhan yang sentiasa dinanti-nanti oleh semua umat Islam, warga PPKI SMK Pendeta Za’ba telah mengadakan suatu kenduri untuk meraikannya. Warga PPKI yang terdiri daripada guru-guru, pembantu-pembantu pengurusan murid serta murid-murid telah bergotong-royong memasak beberapa juadah.

Antara juadah yang telah disediakan pada hari tersebut ialah nasi putih, gulai ayam, ikan masin goreng, sayur campur, buah tembikai, cendol dan air sirap. Untuk VIP yang terdiri daripada puan pengetua dan guru-guru penolong kanan ada satu lauk tambahan iaitu ikan siakap tiga rasa.

Murid-murid yang tidak terlibat dengan penyediaan makanan telah mengikuti program kuiz agama yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih. Terdapat juga slot tayangan animasi Upin dan Ipin serta Boiboi Boy.

Sesungguhnya program ini membantu mengeratkan hubungan di kalangan warga PPKI. Semoga program sebegini akan diteruskan di masa hadapan.

 Gambar: Murid-murid sedang membersihkan pinggan mangkuk.

 Gambar: Guru-guru sedang memasak gulai ayam.

 Gambar: Murid sedang membasuh pinggan mangkuk.

 Gambar: Penyediaan bahan masakan di dapur.

 Gambar: Guru pelatih mengendalikan kuiz bersama murid.

 Gambar: Ada juga yang bermain Sahibba.

 Gambar: Guru-guru sedang mencedukkan lauk untuk jamuan.

 Gambar: Murid-murid tak sabar menikmati hidangan.

 Gambar: Puan Pengetua sedang menikmati hidangan bersama guru-guru.

No comments:

Post a Comment