Sunday 1 July 2012

Lawatan Ke Pameran MAHA Negeri Sembilan 2012

Tarikh: 28 Jun 2012 (Khamis)

Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat: Tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Pendidikan tidak hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja. Salah satu cara mempelbagai penyampaian ilmu kepada murid-murid pendidikan khas ialah dengan membawa mereka untuk melihat pameran yang diadakan berhampiran sekolah. Bersempena dengan Lawatan Ke Pameran MAHA Negeri Sembilan 2012 baru-baru ini murid-murid PPKI SMK Pendeta Za’ba tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Untuk ke tempat pameran, guru-guru telah menggunakan kenderaan sendiri untuk mengangkut murid-murid. Setibanya di sana murid-murid telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lebih kecil iaitu satu guru bagi setiap 3 atau 4 murid. Setiap kumpulan kemudiannya bergerak sendiri ke tempat-tempat pameran.

Pelbagai pameran yang menarik dapat disaksikan. Ada pameran lembu pedaging, arnab, kambing biri-biri, makanan sejuk beku, pokok-pokok bunga, herba, jentera dan lain-lain lagi.
Lebih kurang jam 12.30 tengah hari kami pun pulang ke sekolah. Pengalaman dan pelajaran yang diperolehi daripada lawatan ini tidak ternilai dan sangat berharga.

Gambar: Bergambar kenangan bersama murid.

Gambar: Bergambar bersama jentera pembajak.

Gambar: Menyaksikan lembu pedaging.

Gambar: Ooo, ini rupanya buah kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment