Monday 24 April 2017

Jamuan Teh Bersempena Persaraan Puan Hajah Hamidah

Tarikh: 21 April 2017 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat: Hotel Alson Kelana, Seremban

Bersempena dengan persaraan Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba, suatu jamuan teh telah diadakan anjuran pihak sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMKPZ. Saksikan rakaman yang sempat saya ambil.

 Group PPKI duduk semeja.


Majlis bermula dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Najib.

 Nyanyian lagu Negaraku.

 Mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Abdul Karim.

 Ucapan oleh wakil PIBG SMK Pendeta Za'ba.

 Menyaksikan tayangan montaj.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan.

 Puan Hasmah menyampaikan hadiah kepada Puan Hajah Hamidah.

 Puan Hajah Hamidah memotong kek hari lahir.

 Jamuan bermula.

 Persembahan tarian piring.

 Puan Hajah Hamidah menyanyikan lagu bersama rakan-rakan guru.

 Sama juga macam majlis pagi tadi, kalau tak swafoto tak ada la gambar saya.

Para pentadbir SMKPZ bergambar kenangan.

Majlis Persaraan Pengetua SMKPZ

Tarikh: 21 April 2017 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini berlangsung suatu peristiwa bersejarah bagi SMKPZ iaitu persaraan Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Persaraan beliau merupakan suatu kehilangan besar bagi pihak sekolah. Pihak PPKI SMKPZ juga akan turut merasai kehilangan beliau yang amat prihatin dengan kebajikan murid-murid PPKI SMKPZ di samping sokongan dan bimbingan tidak terhingga yang beliau berikan dalam menjayakan program-program di PPKI SMKPZ.
Tatapi rakaman yang sempat saya ambil pada hari ini.

 Majlis bacaan surah Yassin berlangsung pada awal pagi di dataran sekolah.

 Majlis jamuan untuk guru-guru dan kakitangan sekolah.

 Bermacam hidangan untuk dinikmati.

 Perarakan ke Dewan Seri Pendeta bermula.

 Puan Hajah Hamidah berpakaian serba merah.

 Persembahan silat di pintu masuk dewan.

 Puan Hajah Hamidah disambut dengan tepukan gemuruh para pelajar.

 Bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku.

 Banner yang menarik.

 Pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan sidang hadirin.

 Para tetamu kehormat mengambil tempat masing-masing.

Persembahan tarian.

 Mengikuti majlis dengan penuh minat.

 Bacaan doa oleh Ustaz Norshahrul Azemi.

 Cantik sungguh hiasan pentas, macam bersanding untuk pasangan pengantin baru.

 Menonton montaj.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan beliau.

 Persembahan nasyid.

Persembahan lagu ciptaan sendiri pun ada.

 Wan Ahmad Faizal mewakili rakan-rakan beliau untuk menyampaikan hadiah kepada Puan Hajah Hamidah.

 Puan Hasmah menyampaikan hadiah bagi pihak PPKI SMKPZ.

 Mengetik kad kehadiran buat kali terakhir.

 Ada pula jari menutup lensa.

Wow, ada BMW convertible!

 Baik-baik, jangan jatuh!

 Kalau tak swafoto, memang tak ada la gambar saya hari ni.

 Sedia untuk bergerak.

 "Selamat bersara!" teriak para pelajar.

 Menghampiri pintu gerbang sekolah.

 Pakcik Daud (kiri) turut mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajah Hamidah.

Selamat maju jaya Puan Hajah Hamidah!

Tuesday 18 April 2017

Majlis Perpisahan GPK Ko-Kurikulum & GPK PPKI

Tarikh: 19 April 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah berlangsung majlis perpisahan untuk Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman, GPK Ko-Kurikulum SMKPZ dan Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ. Puan Nor Hayati dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SMK Seremban 2 manakala Puan Hasmah bertukar sebagai GPK PPKI SMK Panchor.
Sesungguhnya kehilangan dua orang kuat SMKPZ ini akan dirasai oleh warga SMKPZ khususnya warga PPKI SMKPZ iaitu pertukaran Puan Hasmah. Selamat maju jaya di sekolah baru. Kepada Puan Hasmah, semoga gembira untuk bertemu kembali dengan bekas murid PPKI SMKPZ di SMK Panchor iaitu Saudara Husaini :)

 Ustazah Mashitah mengacarakan majlis.

 Suasana dewan.

 Banner majlis ni saya la yang buat.

 Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak sekolah.

 Puan Nor Hayati menyampaikan ucapan perpisahan.

 Puan Hasmah menyampaikan ucapan perpisahan.

 Persembahan pelajar.

 Wajah-wajah sedih yang bakal ditinggalkan Puan Hasmah.

 Puan Hasmah menerima hadiah dari wakil pelajar.

 Puan Hasmah menerima hadiah daripada Puan Shariza (hadiah dari PPKI SMKPZ).

 Puan Nor Hayati menyampaikan lagu perpisahan.

 Warga PPKI SMKPZ menikmati jamuan tajaan Puan Hasmah.

 Puan Hasmah menyampaikan ucapan perpisahan kepada warga PPKI SMKPZ.

 Afiqah tidak dapat membendung lagi kesedihannya. Ada khabar-khabar angin bertiup kencang menyatakan dia akan berpindah ke PPKI SMK Panchor.

 "Maaf," kata Ariff.

Bergambar kenangan beramai-ramai.