Sunday 2 April 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG SMKPZ 2017

Tarikh: 30 Mac 2017 (Khamis)
Masa: 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan  Mesyuarat PIBG SMKPZ untuk tahun 2017. Dalam program yang pertama, para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam PT3 dan SPM bagi tahun 2016 telah diberi penghargaan di atas kecemerlangan mereka. Dalam program yang kedua, seperti biasa di dalam mesyuarat-mesyuarat di tahun sebelumnya pelbagai agenda telah dibincangkan bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar SMKPZ serta pemilihan AJK PIBG yang baru.
Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sidik bin Makmur, Ketua UMNO Cawangan Taman Paroi Jaya yang menggantikan perasmi sebenar yang terpaksa menghadiri program di tempat lain. Tahniah kepada Encik Razlan bin Razali yang telah terpilih sebagai YDP PIBG SMKPZ bagi sesi 2017/2018.
Saksikan rakaman yang sempat saya ambil.

 Koop SMKPZ sangat opurtunis dengan membuka booth pada petang ini.
 
 Menanti pelanggan.

 Kaunter pendaftaran sedang sibuk.

 Sudut pandang lain kaunter pendaftaran.

 Majlis sedang berlangsung.

 Ramai yang hadir tapi belum betul-betul penuh.

 Tuan Haji Sidik bin Makmur sedang menyampaikan ucapan perasmian beliau.

 Persembahan tarian sebagai selingan.

 Penyampaian anugerah sedang berlangsung.

 Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

 Nyanyian sebagai acara selingan sebelum mesyuarat bermula.

 Pembubaran JK PIBG sesi 2016/2017.

 Berapa ramai penjaga yang tinggal untuk pemilihan JK PIBG yang baru?

 Bukti saya tak cabut balik dan setia sehingga ke akhirnya.

 JK PIBG SMKPZ yang baru memperkenalkan diri.

 Sudut pandang pengacara majlis pada jam 5.20 petang.

No comments:

Post a Comment