Monday 24 April 2017

Majlis Persaraan Pengetua SMKPZ

Tarikh: 21 April 2017 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini berlangsung suatu peristiwa bersejarah bagi SMKPZ iaitu persaraan Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Persaraan beliau merupakan suatu kehilangan besar bagi pihak sekolah. Pihak PPKI SMKPZ juga akan turut merasai kehilangan beliau yang amat prihatin dengan kebajikan murid-murid PPKI SMKPZ di samping sokongan dan bimbingan tidak terhingga yang beliau berikan dalam menjayakan program-program di PPKI SMKPZ.
Tatapi rakaman yang sempat saya ambil pada hari ini.

 Majlis bacaan surah Yassin berlangsung pada awal pagi di dataran sekolah.

 Majlis jamuan untuk guru-guru dan kakitangan sekolah.

 Bermacam hidangan untuk dinikmati.

 Perarakan ke Dewan Seri Pendeta bermula.

 Puan Hajah Hamidah berpakaian serba merah.

 Persembahan silat di pintu masuk dewan.

 Puan Hajah Hamidah disambut dengan tepukan gemuruh para pelajar.

 Bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku.

 Banner yang menarik.

 Pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan sidang hadirin.

 Para tetamu kehormat mengambil tempat masing-masing.

Persembahan tarian.

 Mengikuti majlis dengan penuh minat.

 Bacaan doa oleh Ustaz Norshahrul Azemi.

 Cantik sungguh hiasan pentas, macam bersanding untuk pasangan pengantin baru.

 Menonton montaj.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan beliau.

 Persembahan nasyid.

Persembahan lagu ciptaan sendiri pun ada.

 Wan Ahmad Faizal mewakili rakan-rakan beliau untuk menyampaikan hadiah kepada Puan Hajah Hamidah.

 Puan Hasmah menyampaikan hadiah bagi pihak PPKI SMKPZ.

 Mengetik kad kehadiran buat kali terakhir.

 Ada pula jari menutup lensa.

Wow, ada BMW convertible!

 Baik-baik, jangan jatuh!

 Kalau tak swafoto, memang tak ada la gambar saya hari ni.

 Sedia untuk bergerak.

 "Selamat bersara!" teriak para pelajar.

 Menghampiri pintu gerbang sekolah.

 Pakcik Daud (kiri) turut mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajah Hamidah.

Selamat maju jaya Puan Hajah Hamidah!

No comments:

Post a Comment