Wednesday 12 April 2017

Hari Ketiga Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 12 April 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti Minggu Bahasa PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan "Puppet Didi & Friends." Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Di dalam kumpulan ini mereka bekerjasama menghasilkan boneka bertemakan Didi & Friends. Setelah siap, mereka bekerjasama pula memainkan boneka-boneka berkenaan dengan iringan lagu-lagu Didi & Friends.
Saksikan rakaman gambar yang sempat diambil oleh saya.

 Cikgu Siti Khairanah sedang menyampaikan taklimat aktiviti.

 Cikgu Shariza memantau aktiviti kumpulannya.

 Cikgu Siti Khairanah memantau aktiviti kumpulannya.

 Berdebar-debar menunggu giliran untuk membuat persembahan.

 Cikgu Sa'adiah mengacarakan majlis.

 Mathan (kiri) memberi sokongan moral kepada rakan-rakannya.

 Didi main sorok-sorok.

 Saya teko kecil...

 Anak itik Didi main dalam kolam...

 Papa ku pulang dari kota...

 Ikan dari pinggan kertas.

Lompat si katak lompat...

No comments:

Post a Comment