Tuesday, 18 April 2017

Majlis Perpisahan GPK Ko-Kurikulum & GPK PPKI

Tarikh: 19 April 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah berlangsung majlis perpisahan untuk Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman, GPK Ko-Kurikulum SMKPZ dan Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ. Puan Nor Hayati dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SMK Seremban 2 manakala Puan Hasmah bertukar sebagai GPK PPKI SMK Panchor.
Sesungguhnya kehilangan dua orang kuat SMKPZ ini akan dirasai oleh warga SMKPZ khususnya warga PPKI SMKPZ iaitu pertukaran Puan Hasmah. Selamat maju jaya di sekolah baru. Kepada Puan Hasmah, semoga gembira untuk bertemu kembali dengan bekas murid PPKI SMKPZ di SMK Panchor iaitu Saudara Husaini :)

 Ustazah Mashitah mengacarakan majlis.

 Suasana dewan.

 Banner majlis ni saya la yang buat.

 Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak sekolah.

 Puan Nor Hayati menyampaikan ucapan perpisahan.

 Puan Hasmah menyampaikan ucapan perpisahan.

 Persembahan pelajar.

 Wajah-wajah sedih yang bakal ditinggalkan Puan Hasmah.

 Puan Hasmah menerima hadiah dari wakil pelajar.

 Puan Hasmah menerima hadiah daripada Puan Shariza (hadiah dari PPKI SMKPZ).

 Puan Nor Hayati menyampaikan lagu perpisahan.

 Warga PPKI SMKPZ menikmati jamuan tajaan Puan Hasmah.

 Puan Hasmah menyampaikan ucapan perpisahan kepada warga PPKI SMKPZ.

 Afiqah tidak dapat membendung lagi kesedihannya. Ada khabar-khabar angin bertiup kencang menyatakan dia akan berpindah ke PPKI SMK Panchor.

 "Maaf," kata Ariff.

Bergambar kenangan beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment