Monday 31 July 2017

Hari Kelima Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 28 Julai 2017 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Ruang Serbaguna Blok PPKI SMKPZ

Akhirnya sampailah kita ke hari terakhir Minggu PSS PPKI SMKPZ. Pada pagi ini telah diadakan pembentangan oleh semua kumpulan untuk hasil rekacipta mereka bagi pertandingan mencipta ABM. Bermacam gelagat dapat dilihat. Ada produk yang boleh dikomersilkan, kita boleh cuba jual pada Hari Karnival Keusahawanan SMKPZ 12 Ogos 2017 nanti :)

Setelah tamat pembentangan, upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nor Wahidah binti Jalil, Penyelaras PPKI SMKPZ. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Minggu PSS PPKI SMKPZ 2017!

 Cikgu Siti Norli mengacarakan majlis penutup.

 Johari berjaya menjawab soalan kuiz.

 Tekun mengikuti persembahan rakan-rakan.

 Zairul dengan ciptaan Roda Suku Kata.

 Macam ni cara nak gunanya.

 Haikal dengan ABM bertajuk Wang.

 Laila berjaya menjawab soalan kuiz.

 Nazilah dan My Magical Tree.

 Razib nak 'jual' Kalender Kata Nama.

 Johari dan Syamira menunjukkan Kad Imbasan Huruf-Huruf Hijaiyah Tunggal.

 Afiqah mewakili rakan-rakan PPKI 7 untuk menerima hadiah.

 Syahmi mewakili rakan-rakan PPKI 6 untuk menerima hadiah.

 Azmil mewakili rakan-rakan PPKI 5 untuk menerima hadiah.

 Razib mewakili rakan-rakan PPKI 4 untuk menerima hadiah.

 Naqiuddin mewakili rakan-rakan PPKI 3 untuk menerima hadiah.

 Iqmal mewakili rakan-rakan PPKI 2 untuk menerima hadiah.

Fadilah mewakili rakan-rakan PPKI 1 untuk menerima hadiah.

Hari Keempat MInggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 27 Julai 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Seperti hari sebelumnya, pada hari ini turut berlangsung pelbagai aktiviti peringkat sekolah pada awal pagi sebelum aktiviti Minggu PSS PPKI SMKPZ diteruskan selepas rehat. Pada awal pagi hari ini, para pelajar PPKI SMKPZ telah turut serta di dalam Majlis Pentauliahan Pengawas SMKPZ Sesi 2017/2018 serta turut mendengar ceramah bertajuk "Perjudian Siber" yang telah disampaikan oleh Inspektor Nismawi bin Salad daripada Cawangan Khas IPD Seremban.

 Banner majlis pentauliahan pengawas sekolah.

 Menunggu majlis bermula dengan sabar.

 Rakaman dari tempat duduk para guru.

 Perarakan masuk para pengawas sekolah.

Ceramah "Perjudian Siber" bermula.
 
 Inspektor Nismawi menyampaikan ceramah.

Setelah tamat waktu rehat, aktiviti Minggu PSS PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan pertandingan kuiz di antara dua kumpulan besar pelajar PPKI SMKPZ yang dinamakan sebagai Utusan Malaysia dan Berita Harian. Tamat pertandingan tersebut, para pelajar masuk kembali ke dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menyudahkan tugasan pertandingan merekacipta ABM yang belum siap dibuat pada hari sebelumnya.

 Kenapa bukan Tamil Nesan atau Nanyang Siang Pau cikgu?

 Toksah nak merapu kat sini kata Cikgu Norli selaku pengendali kuiz.

 Zul Amri cuba memberi jawapan dengan bantuan Wan Ahmad Faizal.

 Johari tak malu mencuba.

 Menonton klip video dengan teliti. Soalan-soalan berpandukan klip video yang ditonton.

 Buat bersama.

 Kumpulan di bawah bimbingan Cikgu Norli, Cikgu Mohd dan Kak Niza.

 Kumpulan di bawah bimbingan Cikgu Wan dan Cikgu Maizura.

 Tekun menjalankan tugasan masing-masing.

 Menggunting wang.

Alif (kanan) membimbing Ashraf mewarna. 

Hari Ketiga Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 26 Julai 2017 (Rabu)
Masa:7.30 pagi (penyampaian hadiah Treasure Hunt di Dewan Seri Pendeta) dan 1.30 petang (pertandingan Rekacipta ABM di Blok PPKI SMKPZ)

Hari ini banyak yang berlaku. Pada paginya telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk semua acara bagi bagi Minggu Pusat Sumber SMKPZ. Di dalam majlis ini, Puan Siti Maizura binti Mansor telah diumumkan sebagai pemenang untuk pertandingan merekacipta ABM kategori guru. Selain itu, tiga kumpulan yang berjaya mendapat tiga tempat terbaik di dalam pertandingan Treasure Hunt juga telah menerima hadiah masing-masing. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 SMKPZ. Tahniah kepada para pemenang.

 Cikgu Mai tersenyum riang.

 Nasrullah berlari tanpa sempat dirakam gambar setelah mengambil hadiah.

 Sempat membuat tanda Bagus!

Syamira tenang mengambil hadiah. Tak kalut macam rakan-rakan beliau.

Pada jam 10.00 pagi, warga PPKI SMKPZ bertolak pula ke gelanggang boling AEON Seremban 2. Sudah lama kami tidak bermain boling iaitu hampir tiga bulan. Bukan kami saja yang bermain boling pada pagi ini tetapi beberapa PPKI lain turut datang hadir memeriahkan suasana.

 Memakai kasut boling. Wah, akhirnya tauke boling beli juga kasut yang baru untuk para pelanggan!

 Bersedia untuk bermain.

 Adakah akan strike?

 Semua lane penuh.

 Iqmal membuat balingan.

 Merenung ke papan markah. Nak tengok siapa yang hebat hari ini.

Apa? Kita nak ke Palm Mall Hotel? Ada orang sponsor makan tengah hari? Toksah mimpi la, itu Uncle Kumar lupa turunkan signboard tu.

Setelah kembali ke sekolah, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melaksanakan pertandingan merekacipta ABM. Saksikan rakamannya di entri akan datang.

Monday 24 July 2017

Hari Kedua Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ

Tarikh: 25 Julai 2017 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti Minggu PSS PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Pertandingan Mencari Harta Karun. Para pelajar bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dari satu stesen ke satu stesen. Di tiap-tiap stesen ada tugasan yang perlu diselesaikan seperti menjawab teka-teki, menyelesaikan silang kata dan menyusun puzzle.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Stesen merekacipta menu minum petang.

 Stesen menaip teks di dalam perisian Microsoft Office Word. Tahun depan mungkin kita suruh buat pengaturcaraan berorientasikan objek.

 Stesen membentuk nama haiwan-haiwan bertaring, bertanduk, bertelur dan melahirkan anak.

 Stesen menghitung jumlah buah congkak berdasarkan warnanya.

 Stesen menyusun puzzle buah-buahan tempatan.

 Stesen menyelesaikan teka silang kata.

 Stesen mewarna gambar dan menyambung titik-titik teks. Ini merupakan lanjutan daripada aktiviti menaip teks di dalam perisian pemprosesan perkataan yang dilakukan pada awalnya.

Stesen tarian Didi & Friends.