Thursday 3 April 2014

Pemilihan Atlit PPKI Sekolah-Sekolah Daerah Seremban

Tarikh: 1 dan 2 April 2014 (Selasa dan Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Padang Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban

Kerana kekurangan bajet untuk menyewa padang dan balapan Kompleks Belia sebanyak RM500 sehari Pada tahun ini pemilihan atlit PPKI Sekolah-Sekolah Daerah Seremban untuk ke kejohanan olahraga peringkat negeri telah diadakan di Padang Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Saya sebagai ajk PA System turut merasa terjejas kerana PA System terpaksa diletak hanya di atas rumput, tidak di atas simen seperti yang lazimnya di Kompleks Belia.
Namun akur dengan Strategi Lautan Biru untuk memaksimumkan kemudahan premis kerajaan sedia ada (Kompleks Belia swasta yang punyakah?) maka PA System kali ini bernasib baik kerana tidak ditimpa hujan yang lebat.
Dua murid PPKI SMKPZ akan mewakili daerah Seremban dalam acara 100 meter, 200 meter dan lompat jauh senior iaitu Muhammad Idham bin Abd Halim dan Mohd Shahrizan bin Zulkarnain ke Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas peringkat Negeri Sembilan pada bulan Mei 2014.

Orang yang membuat pengumuman stand mikrofon pun tak ada.

Cikgu Azean bertugas sebagai pelepas.

Cikgu Zaiham dari SMK Panchor sedang memanggil peserta.

No comments:

Post a Comment