Monday 9 March 2015

Sukan Tara Tingkatan 4 dan 5 SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 4.3.2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Padang SMK Pendeta Za'ba

Pada pagi ini telah diadakan sukan tara untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Enam acara telah dipertandingkan iaitu:
1. 100M lelaki
2. 100M perempuan
3. Lontar peluru lelaki
4. Lontar peluru perempuan
5. Lompat jauh lelaki
6. Lompat jauh perempuan
Semua peserta dari kempat-empat buah rumah telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Rumah mana yang akan mengungguli takhta kemenangan? Sama-samalah kita tunggu keputusan yang akan dikeluarkan kelak.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukantara

Cikgu Wan Ibrahim (kiri) dan Cikgu Faridzaki sedang membincangkan sesuatu.

Petugas-petugas di lokasi acara lompat jauh.

 Acara lompat jauh bakal bermula.

 Cikgu Hamshahril (berbaju biru) memberi penerangan kepada guru-guru yang bertugas di lokasi acara lompat jauh.

 Meratakan pasir

 Cikgu Hamshahril memberikan penerangan kepada guru-guru yang bertugas di lokasi acara 100M.

 Cikgu Mohd Najib (kanan) memantau lokasi acara lontar peluru.

 Peserta Rumah Kuning membuat lontaran.

 Cikgu Sa'adiah (kiri) bertugas selaku pencatat di lokasi acara lontar peluru.

 Suasana di lokasi permulaan acara 100M.

 Cikgu Wan Ibrahim memberikan penerangan kepada para peserta 100M Rumah Kuning.

 Peserta-peserta Rumah Merah bersedia untuk memulakan larian 100M.

 Suasana di lokasi penamat acara 100M.

 Ustaz Nor Sharulazemi (duduk) selaku pencatat di lokasi acara lompat jauh.

 Seorang peserta dari Rumah Biru membuat lompatan.

Hampir tiba ke penghujung larian.

No comments:

Post a Comment