Wednesday 4 January 2017

Hari Pertama Orientasi Pelajar Baru PPKI SMKPZ

Tarikh: 3 Januari 2017 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Akhirnya sesi persekolahan 2017 bermula. Alhamdulillah, kita tidak mengalami masalah banjir seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu. Walaupun dilanda cuaca hujan, ia tidaklah mengakibatkan banjir di sini.
Pada awal pagi telah diadakan perhimpunan rasmi di Dewan Seri Pendeta yang membabitkan seluruh warga SMKPZ.
Tamat perhimpunan pagi, warga PPKI SMKPZ telah mula mengikuti program orientasi. Ikuti rakaman bergambar di bawah.

 Perhimpunan pagi.

 Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ (tengah) mengalu-alukan kedatangan para pelajar kembali ke sekolah.

 Ada juga yang pakai baju sukan pada hari pertama sekolah...

 "Nama saya Husaini, nama cikgu di sebelah saya ni Cikgu Saadiah. Nama cikgu yang ambik gambar kami ni Cikgu Noor Azlan. Lagi, nama pengetua sekolah kita Cikgu Hamidah." "Dah, dah cukup."

 Menonton aktiviti sepanjang tahun 2016 yang telah dilaksanakan di PPKI SMKPZ.

 Berlatih menyanyi lagu-lagu di dalam perhimpunan rasmi.

 Teacher Lim mengendalikan salah satu sesi pada hari ini.

 Menari tarian Penguin.

Melukis benda yang paling digemari.

No comments:

Post a Comment