Sunday 24 August 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ

Tarikh: 18 Ogos 2014
Hari: Isnin
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ. Setelah ucapan perasmian oleh Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Hamidah binti Burok dan ucapan oleh YDP PIBG, Encik Madon bin Mislan, pelbagai persembahan daripada warga SMKPZ telah diadakan. Antara persembahan yang diadakan ialah bacaan sajak oleh guru-guru pelatih, nyanyian lagu-lagu patriotik dan sketsa merdeka. PPKI SMKPZ telah diwakili oleh Muhammad Faris bin Muhayuddin yang mempersembahkan lagu Bahtera Merdeka.
Tatapi rakaman yang sempat diambil oleh wartawan lokasi kami.

Faris berdebar menunggu giliran.

Faris menyampaikan lagu Bahtera Merdeka.

Sudut lain rakaman Faris menyampaikan lagu Bahtera Merdeka.

Murid-murid PPKI SMKPZ tekun menikmati persembahan.

Nyanyian Jalur Gemilang dan 31 Ogos secara beramai-ramai.

 Bersemangat.

Memang bersemangat.

Sungguh bersemangat.

Emmm, betul tu!

No comments:

Post a Comment