Wednesday 19 August 2015

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ

Tarikh: 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ. Majlis yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Dimulakan dengan perarakan masuk ke dalam dewan oleh tetamu-tetamu kehormat, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan drama patriotik oleh para pelajar SMKPZ.
Setelah ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Puan Pengetua, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Merdeka!

Perarakan masuk.

Amirul dan rakan-rakan tertarik dengan persembahan.

Tetamu-tetamu kehormat mengambil tempat.

Persembahan drama patriotik.
Tak ada bendera, kibar tab Cikgu Azlan pun jadilah.

Tak ada bendera, kibar tab Cikgu Azlan pun jadilah.
 
Bila masa pula budak-budak PPKI naik atas pentas?

Bergambar kenang-kenangan bersama pelakon-pelakon drama patriotik.

 





No comments:

Post a Comment