Wednesday 19 August 2015

Belajar Membuat Baja Organik

Tarikh: 20 Ogos 2015 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Astaka SMKPZ

Dengan hanya menggunakan sisa buah-buahan, sisa sayur-sayuran, ragi, gula merah, susu segar dan belacan kita boleh membuat baja organik sendiri di kebun belakang rumah kita. Itu merupakan ilmu berguna yang telah disampaikan oleh kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Seremban kepada warga PPKI SMKPZ pada pagi ini.

Bersempena Minggu Teknik dan Vokasional SMKPZ, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Pejabat Pertanian Daerah Seremban untuk mengadakan demonstrasi penyediaan baja organik sendiri di rumah. Semoga pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.

Buah-buahan dipotong kecil.

Puan Sharul Afizah bertanyakan sesuatu kepada pegawai pertanian.

Mohd Razib memerhatikan cara penyediaan medium untuk proses pemasuan.

No comments:

Post a Comment