Wednesday 19 August 2015

Permainan Boling Bulanan

Tarikh: 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Ampang Bowl, Seremban Prima

Pada hari ini telah diadakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan untuk permainan boling bagi bulan Ogos. Murid-murid memang menunggu-nunggu tibanya hari untuk bermain boling sepanjang bulan. Dalam permainan hari ini, Mohd Nasrul Hakim bin Salleh telah menjadi johan untuk kategori lelaki manakala Umi Dania binti Roslan menjadi johan untuk kategori perempuan. Tahniah kepada yang berjaya!

Permainan sedang berlangsung.

Cikgu Siti Norli dan Cikgu... errr Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdullah turut bermain.

Mohd Nasrul Hakim menerima hadiah daripada Cikgu Nor Wahidah.

Umi Dania menerima hadiah daripada Cikgu Nor Wahidah

No comments:

Post a Comment