Wednesday 12 August 2015

Aktiviti Ko-Kurikulum PPKI SMKPZ Rabu 5 Ogos 2015

Pada hari ini seperti biasa telah diadakan aktiviti ko-kurikulum di PPKI SMKPZ. Pada sebelah pagi telah diadakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan dari jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Antara aktiviti yang disertai oleh murid-murid kami ialah petanque, futsal, badminton dan boling. Permainan boling hanya dibuat sebulan sekali, tidak seperti permainan petanque, futsal dan badminton yang dibuat setiap minggu.

Nur Hiyah membuat lontaran boule dalam permainan petanque.

Afiqah membuat lontaran.

Pada sebelah petang pula dari jam 1.40 petang hingga 2.40 petang pula diadakan pula aktiviti Persatuan Pendidikan Khas. Pada petang ini telah diadakan aktiviti kraftangan bekas pensel daripada gelung tisu tandas dan bahan-bahan terbuang.

Cikgu Maizura sedang membimbing ahli-ahli kumpulannya.

Cikgu Wahidah sedang membimbing ahli-ahli kumpulannya.

Syaikirin (kiri) dan Aisyah sedang membalut gelung tisu.

Naqiuddin dan rakan-rakan bekerjasama menyiapkan kraftangan.

Siap akhirnya.

Hasil kraftangan Naqiuddin dan rakan-rakan.

Boleh jual di car boot sale ni.

 
Hasil kraftangan tangan Syaikirin dan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment