Monday 17 August 2015

Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015

Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015 pada tahun ini tidak diadakan pada bulan puasa kerana orang kuatnya iaitu Ustazah Siti Norli cuti bersalin pada ketika itu. Maka setelah mendapat kelulusan pihak pentadbiran, Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015 telah diadakan bermula pada Isnin, 10 Ogos 2015 hingga Jumaat, 14 Ogos 2015.
Bertemakan "Demi Masa", pelbagai akiviti telah dijalankan sepanjang minggu pada waktu persekolahan seperti Eksplorasi, Kuiz, Azan, Iqamah dan Kolaj.
Saksikan rakaman hari pertama (Isnin, 10 Ogos 2015).


Puan Sharul Afizah (kiri) dan Cik Siti Aishah melukis banner perasmian.
 
Puan Siti Norli mempengerusikan Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015
 
Puan Siti Khairanah menyampaikan ucapan perasmian Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015.
 
Adib (kiri) membaca Surah Al-Asr manakala Amir membaca tafsirannya.
 
Khalayak yang mengikuti dengan penuh minat.
 
Pembahagian kumpulan pertandingan Eksplorasi.
 
Fitri (kiri) berbincang dengan rakan-rakan untuk memilih nama kumpulan.
 
Aktiviti dalam kumpulan.

No comments:

Post a Comment