Tuesday 12 March 2013

Kalau menang rm250000...

... dalam cabutan sijil simpanan premium bank simpanan nasional rasanya saya juga ingin mengambil cuti tanpa gaji untuk menyambung pengajian peringkat sarjana tapi setakat ini belum menang lagi. Ha ha ha!

Pada pagi Jumaat, 8 Mac minggu lalu, SMK Pendeta Za'ba telah kehilangan khidmat seorang lagi gurunya iaitu Puan Manirah binti Othman yang telah mengambil cuti tanpa gaji bagi mengiringi suaminya yang berkhidmat di luar negara. Puan Manirah binti Othman dilahirkan di negeri Kedah pada 27 Disember 1977.

Beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Syariah Islamiah di Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 1999. Beliau kemudiannya mengikuti kursus Diploma Pendidikan Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Maktab Perguruan Islam Selangor pada tahun 2000.

Beliau memulakan khidmat sebagai guru di SMK Dato’ Ahmad, Kuala Nerang, Kedah pada Januari 2001 sebelum bertukar ke SMK Senawang pada Januari 2004. Beliau mula berkhidmat di SMK Pendeta Za’ba pada 1 Januari 2008. Beliau merupakan guru mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.

Dalam bidang ko-kurikulum beliau merupakan guru penasihat untuk Puteri Islam, Persatuan Agama Islam dan permainan bola baling.

Dalam majlis perpisahan yang diadakan pada pagi tersebut beliau telah menyampaikan beberapa amanat berguna kepada murid-murid yang bakal ditinggalkan. Beliau juga berharap agar pada suatu hari nanti beliau akan kembali menabur bakti di SMK Pendeta Za'ba.

Selamat jalan daripada kami semua.

Gambar: Ustaz Nor Sharulazemi mempengerusikan majlis.

Gambar: Puan Manirah (kiri) di atas pentas bersama barisan pentadbir.
 
 Gambar: Puan Manirah sedang berucap.

Gambar: Puan Wahidah menyampaikan cenderadurja daripada pihak Kelab Guru dan Staf SMK Pendeta Za'ba.

Gambar: Puan Hasmah menyampaikan cenderadurja daripada pihak PPKI SMK Pendeta Za'ba.

No comments:

Post a Comment