Friday 20 June 2014

Karnival Sukan & Permainan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban 2014

Tarikh: 17 dan 18 Jun 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Gelanggang Boling AEON Seremban 2 (acara boling sahaja pada 17 Jun 2014), Public Star Futsal Oakland (acara futsal), SMK Bukit Kepayang (acara petanque dan bola jaring)

Pada tahun ini peserta boling PPKI SMKPZ iaitu Muhammad Firdaus dan Nur Hiyah gagal mempamerkan prestasi yang memuaskan.

Markah banyak ni tahun depan tak payah hantar dah, buat hilang wang pertaruhan saja. Ehh, wang pertaruhan tu untuk pilihanrayalah.

Bagi acara petanque pula, Mohd Fithri dan Wan Ahmad Faizal telah memenuhi sasaran yang ditetapkan iaitu layak sehingga ke pusingan kedua. Tiada wakil bagi acara perempuan kerana selain faktor Khairul Azlina dan Nurul Husna yang telah berhenti sekolah, acara bola jaring yang turut berlangsung serentak dengan acara petanque mengakibatkan peserta PPKI SMKPZ yang menyertai bola jaring tidak dapat menyertai acara petanque. 

Berdebar-debar menunggu giliran.

Mohd Fithri sedang membuat lontaran.

Wan Ahmad Faizal sedang membuat lontaran.
 
Bagi acara bola jaring, tiga wakil PPKI SMKPZ iaitu Nur Syakirin Bestari, Nurul Asyikin dan Nur Hiyah telah menyertai pemilihan untuk mewakili pasukan Seremban ke peringkat negeri. Dalam proses pemilihan tersebut hanya Nur Syakirin Bestari yang tidak  layak.

Bagi acara futsal, Muhammad Idham dan Mohd Shahrizan telah terpilih untuk mewakili pasukan Seremban ke peringkat negeri.

Bergambar kenangan di hadapan bunting karnival.

No comments:

Post a Comment