Masa: 5.30 petang
Aktiviti: Masakan Rimba: Roti Lilit
Bahan-bahan: Tepung gandum, air, margerin, gula pasir.
Alatan: Mancis (blogger bawa lighter yang berpenunu panjang, lagi senang), kayu api, fuel tablets (blogger bawa, beli RM4.50 sekotak, kat kedai alatan pemancing dekat Wisma MCA Seremban sebelah The Store sebagai pemula pembakaran, setelah kumpulan-kumpulan gagal menghidupkan api), kepingan buluh sepanjang 1 kaki setengah dan selebar dua jari.
Langkah-langkah:
- Adun tepung dan air secukup rasa. Kepalkan sebesar bola ping-pong. Nak buat besar bola takraw pun boleh tapi 2-3 jam baru masak, lagi nak kena lilit kat galah kait kelapa sawit.
- Hidupkan api.
- Bermula dari satu hujung buluh, lilit bebola adunan tepung senipis mungkin sehingga mencapai satu kaki kepingan buluh. Kalau lilit sampai habis buluh nak pegang kat mana masa nak bakar nanti?
- Bakar dengan api yang dah dinyalakan tadi. Jangan kena pada api secara terus, nanti luarnya hangus tetapi bahagian dalam tak masak.
- Agak dah nak masak (kekuningan) sapu margerin dan taburkan gula pasir. Boleh dimakan terus atau bakar lagi untuk seketika untuk gula pasir tu caramelised kata orang Putih.
Resepi rahsia Cikgu Wan Azlima.
Sekali tengok macam jalan kat atas jalan yang rata tetapi sebenarnya naik bukit.
Menghimpun kayu api.
Pemandangan tasik yang indah dari atas bukit.
Api masih belum hidup.
Bila boleh makan? Kalau setakat asap nak salai daging boleh la.
Kak Fizah menyembunyikan wajahnya yang frust api tak nak hidup.
Fuel tab saves the evening.
Ingatkan nak bakar ayam hutan golek.
Sat gi boleh makan.
Dah makan banyak pun boleh makan lagi. Ada yang dah abih makan siap bakar lagi roti yang baru.
Hakim membaca doa makan.
Cikgu Mohd membantu kumpulan Kak Fizah menyalakan api.
Nyamuk semua dah lari kerana mata mereka pedih terkena asap.
Dah mula memasak.
Sedap!
Aishah dan Najmi menikmati roti lilit.
No comments:
Post a Comment