Masa: 10.00 pagi
Aktiviti: Memasang khemah dan melihat kawasan persekitaran.
Cikgu Mohd Abdullah (kanan) menyampaikan taklimat pemasangan khemah.
Khemah mula dipasang.
Syahmi (kanan) dan Hakim memasang khemah.
Cuaca mendung sahaja nampaknya.
Hampir 10 tahun di PPKI SMKPZ inilah perkhemahan yang betul-betul ada pasang khemah.
Latihan kawad sedang berlangsung.
Bermulanya aktiviti jalan-jalan melihat kawasan persekitaran.
Jalan sikit pun dah penat...
Kak Norimah kononnya tertinggal pancing kat rumah, kempunan la nak memancing kat tasik bawah tu.
Afiqah (tengah) dan kawan-kawan.
Teacher Lim dan ahli-ahli kumpulannya.
Melihat persekitaran.
Lega khemah dan siap pasang.
Wah, bertanam tebu di tepi bibir.
Air tebu bakal menjadi sebahagian daripada menu malam ini.
Wah, khemah blogger ada bekalan elektrik. Ada lampu, kipas, pengecas. Pendingin hawa, tv dan Astro kalau muat X-Trail mungkin dah bawa juga.
Dikelilingi orang-orang yang dengki khemah mereka tak ada bekalan letrik. Layan je la bergambar dengan depa semua ni.
Nota: Khemah blogger paling last naik. Masa blogger sampai, depa semua pi jalan-jalan tengok kawasan persekitaran. Nasib baik la Afiqah balik dulu ke tapak perkhemahan dihantar dengan motorsikal kerana dah tak larat berjalan. Dialah yang tolong pasang khemah blogger dalam keadaan hujan gerimis tu.
No comments:
Post a Comment