Saturday 7 October 2017

Kelab Sukan & Rekreasi Kokuyo Malaysia Senawang Mahu Menyumbang Bakti Di PPKI SMKPZ

Tarikh: 4 Oktober 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Wawasan, SMKPZ

Pada pagi hari ini telah berlangsung satu mesyuarat di antara pihak SMKPZ dan wakil Kelab Sukan & Rekreasi Kokuyo Malaysia Senawang untuk merancang satu program khidmat masyarakat di Blok PPKI SMKPZ. Pihak SMKPZ telah diketuai oleh Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK Pentadbiran SMKPZ manakala pihak Kelab Sukan & Rekreasi Kokuyo Malaysia Senawang pula telah diketuai oleh Encik Mohd Nizam bin Mohd Samsuri.
Secara dasarnya pihak Kelab Sukan & Rekreasi Kokuyo Malaysia Senawang telah bersetuju untuk mengadakan satu gotong-royong di Blok PPKI SMKPZ pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Wakil daripada Kelab Sukan & Rekreasi Kokuyo Malaysia Senawang.

 Perbincangan sedang berlangsung.

 Aktiviti gotong-royong mungkin dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad.

 Berkunjung ke tapak fertigasi PPKI SMKPZ.

 Melihat Blok PPKI SMKPZ.

 Puan Nor Wahidah (kanan) menyatakan sesuatu kepada para tetamu.

 Alatan taman permainan antara yang mahu dialih ke lokasi baru.

Menikmati jamuan ringan.

Wah, tak sangka kali ni ada gambar blogger dalam ni.

No comments:

Post a Comment