Monday 2 October 2017

Pertandingan Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas

Tarikh: 29 September 2017 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Tapak Fertigasi SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini dua orang pegawai daripada Yayasan UNITI iaitu Encik Hamdan dan Encik Helmi telah datang ke SMK Pendeta Za'ba untuk membuat lawatan kerja ke tapak fertigasi yang bakal diusahakan oleh pihak PPKI SMK Pendeta Za'ba pada tahun hadapan bagi mata pelajaran Kemahiran Asas Pertanian.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Bergambar kenangan di tapak fertigasi.

 Encik Helmi (duduk) menilai struktur tanah di dalam beg poli projek terdahulu.

Encik Hamdan (kanan) menerangkan langkah-langkah awal yang perlu diambil sebelum projek boleh dilaksana.
 
Ringkasan pertemuan dengan En Hamdan dan Helmi.
1. Semaian sehingga bertunas selama 29 hari.
2. Sistem fertigasi mengambil masa 3 bulan untuk tuai hasil.
3. Pencahayaan kawasan tanaman perlu lebih 80%.
4. Sekiranya kawasan sentiasa menerima taburan hujan yg banyak, perlu membuat kawalan kelikatan baja.
5. 1 tong (biru besar) baja yg dibancuh boleh digunakan untuk 1 bulan.
6. Kelebihan sistem fertigasi ialah pengurusan penjagaan yang mudah.
7. Hasil tuaian bagi 1 pokok bagi setiap 2 hari adalah kira-kira 300gram.

Disediakan oleh:
Mohd Abdullah,
Pegawai Pertanian PPKI.

No comments:

Post a Comment