Saturday 7 October 2017

Perkhemahan Pengakap BAHAGIAN 7

Tarikh: 5 Oktober 2017 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi
Aktiviti: Majlis penutup, membuka dan menyimpan khemah (serta hamper), bertolak pulang ke sekolah.

 Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas SMK Pendeta Za'ba menyampaikan ucapan.

 Puan Shariza mengacarakan majlis.

 Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMK Pendeta Za'ba menyampaikan ucapan.

 Jadi lepas ni mesti dah pandai pasang khemah.

 Penyampaian hadiah kumpulan terbaik. Ini pemenang tempat keempat.

 Ketiga.

 Kedua.

 Pertama.

 Penyampaian cenderahati kepada pemilik Beringin Resort iaitu Encik Mohd Taufik bin Ismail (berbaju putih). Cenderahati telah diterima oleh isteri beliau iaitu Cikgu Sa'adiah.

 Mari menurunkan khemah.

 Khemah mesti diturun dan dibungkus oleh penginap-penginap khemah sendiri.

 Khemah blogger (tengah) diturunkan sendiri oleh blogger tanpa bantuan sesiapa. Bukan nak mengebat tetapi untuk dicontohi semua dalam hal tanggungjawab.

 Cikgu-cikgu dan pembantu-pembantu pengurusan murid turut mengemas sendiri khemah masing-masing.

 Fiqah menurunkan khemah.

 Membuka hamper hadiah kemenangan. Hadiah-hadiah dibahagikan sama rata.

 Gambar ni kalau hantar pertandingan fotografi kurang-kurang boleh dapat hadiah saguhati ni.

 Menikmati makan tengah hari nasi ayam.

 VIP dah balik, tak makan tengah hari dulu. Jadi merasa la saya air kelapa yang ditinggalkan.

 Macam ni punya layanan, tahun depan kita buat kat sini lagi.

Bersalaman dengan Pakcik Taufik sebelum pulang. 

Terima kasih kepada semua yang menjayakan perkhemahan pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment