Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Gelanggang Petanque, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi
Pada hari ini telah berlangsung Sukan Integrasi OKU Peringkat Negeri Sembilan Bagi Acara Petanque anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan & Persatuan Petanque Negeri Sembilan. SMKPZ telah menghantar dua beregu yang terdiri daripada gandingan murid perdana dan murid pendidikan khas integrasi. PZ 1 diwakili oleh Haziq dan Wan Ahmad Faizal manakala PZ 2 diwakili Hafiz dan Mohd Hakim. Saya turut menyertai acara ini dengan gandingan bidan terjun, iaitu Cikgu Kamalrozaman bin Abd Aziz dari SK Labu. Mulanya tak nak masuk bertanding tetapi setelah dipujuk, saya akhirnya mengalah. Kalah menang adat bertanding kata Cikgu Kamal.
Kedua-dua gandingan PZ 1 dan PZ 2 hari ini betul-betul tak dapat menyaingi regu-regu yang ditandingi mereka yang berada di tahap yang lebih tinggi. Bertemu dengan regu-regu yang lebih hebat seperti dari Kolej Komuniti Jelebu dan Paralimpik Negeri Sembilan, mereka gagal layak ke suku akhir setelah tewas dalam kedua-dua perlawanan peringkat awal yang dijalankan secara kaedah double knock out.
Gandingan saya dan Cikgu Kamal telah menang dua perlawanan awal, menang suku akhir, menang separuh akhir dan tewas di perlawanan akhir. Gandingan kami tewas kepada beregu yang terdiri dari Encik Zain (dikhabarkan beliau pernah menjadi jurulatih petanque peringkat kebangsaan) dan atlet paralimpik Negeri Sembilan. Game itu kami tewas 9 berbalas 13.
Tahun depan tak berani iring murid lagi takut jadi macam hari ni :)
Sesi latihan di sekolah.
Faizal membuat lontaran.
Pelbagai teknik latihan dilakukan.
Hakim (kanan) diberi bimbingan oleh Hafiz.
Berlatih dan terus berlatih.
Pemain-pemain PZ yang lain turut turun melatih Faizal dan Hakim.
Banner di hari pertandingan.
Warm up session.
PZ 1 bertemu atlet paralimpik Negeri Sembilan.
Faizal membuat lontaran.
Menggunakan tali pita untuk mengukur jarak jack dan boule.
PZ 1 menerima hadiah saguhati.
PZ 2 menerima hadiah saguhati.
Fly Emirates menerima hadiah naib johan.
No comments:
Post a Comment