Thursday 25 June 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Program Temu Mesra Ibu Bapa, Pelajar dan Guru

Tarikh: 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Program Temu Mesra Ibu Bapa, Pelajar dan Guru di SMK Pendeta Za'ba. Majlis yang diadakan pada hari ini sungguh istimewa kerana ia memberi pengiktiran kepada para pelajar yang telah bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik melalui penyampaian Anugerah Sijil Harapan, Anugerah Ibn Khaldun dan Anugerah Bintang Pengetua. Bagi yang mengumpul mata merit melebihi 250 mata turut diraikan dengan penyampaian Anugerah Merit de Merit.
Dalam ucapan beliau, Puan Hajah Hamidah binti Burok telah menekankan betapa pentingnya kerjasama daripada para penjaga bagi memastikan anak-anak mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Beliau juga menyeru para penjaga supaya menyumbangkan apa sahaja yang termampu kepada pihak sekolah seperti penjelasan bayaran sumbangan PIBG bagi membantu menjayakan program-program sekolah.
Setelah tamat majlis, Program Temu Mesra Ibu Bapa, Pelajar dan Guru telah diadakan di Dewan Seri Pendeta bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 manakala untuk tingkatan-tingkatan lain dibuat di bilik darjah masing-masing. Tatapi rakaman fotografi berikut:

 Para penjaga mengambil tempat.

 Murid-murid mengambil tempat.

 Tetamu-tetamu VIP.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan.

 Penyampaian anugerah sedang berlangsung.

 Wakil Taman Sinar Harapan, Puan Amilin (tengah) sedang membincangkan pencapaian akademik Satihyasellon bersama dengan guru kelas PPKI 6, Puan Ummi.

Puan Zalina, ibu kepada Haziq Daniel (kiri) sedang membincangkan sesuatu dengan Puan Sa'adiah, guru kelas PPKI 3.

No comments:

Post a Comment