Monday, 13 July 2015

Iftar SMKPZ Ramadhan 1436 Hijrah

Tarikh: 3 Julai 2015 (Jumaat)
Masa: 6.30 petang hingga 10.30 malam
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Selaku AJK Persiapan Tempat Sebelum dan Selepas, tersemat rasa bangga di dalam diri kerana telah berada di sekolah sejak lepas Asar lagi dan hanya pulang setelah siap mengemas kembali kerusi-kerusi untuk kegunaan di khemah yang mana kerusi-kerusi yang sama juga telah saya susun pada awalnya.
Berbuka di sekolah atau lebih tepat lagi tidak bersama keluarga mendatangkan cabaran tersendiri kerana selain perlu memastikan ahli-ahli keluarga dapat makan dengan selesa di rumah, terdapat juga tugasan-tugasan yang perlu dilaksana sebelum, semasa dan selepas majlis.
Berbalik kepada program pada petang ini, ia bermula dengan ceramah ringkas oleh Imam Dua Masjid Negeri. Setelah berbuka dengan kurma, karipap dan air mineral, solat berjemaah Maghrib dilaksanakan.
Usai solat, para hadirin telah menikmati juadah yang terdiri daripada nasi putih, sirap limau, buah limau, daging salai masak lemak, ayam goreng berempah dan sayur campur goreng. Memang sedap dan makan bertambah-tambahlah.
Program kemudian diteruskan lagi dengan solat berjemaah Isyak, terawih, witir dan tahlil. Moreh pula terdiri daripada sup tulang, roti putih dan teh o.
Semoga program-program sebegini mampu membina ukwah yang kukuh sesama kita.
Tatapi foto-foto yang sempat saya rakam semasa majlis tersebut.

Ahli-ahli Lembaga Koperasi SMKPZ menyediakan goodies bag untuk majlis iftar.

Imam Dua Masjid Negeri menyampaikan ceramah.

Antara jemaah yang hadir.

Sabar menunggu waktu berbuka.

No comments:

Post a Comment