Monday 13 July 2015

Terima kasih Ustazah Ummi dan Kak Ina

Tarikh: 10 Julai 2015 (Jumaat)
Masa: 11.45 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Bertemu dan perpisahanan,
Adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa.

Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi,
Jika salah dan silap harap dimaafkan,
Moga berkat aman dapat diabadikan,
Segala kenangan tidak akan dilupakan,
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan.

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ dengan penuh kehibaan mengucapkan selamat jalan kepada dua warganya iaitu Puan Norazlina binti Omar dan Cik Ummi Khalsum binti Muhamad. Puan Norazlina yang merupakan pembantu pengurusan murid yang mula berkhidmat sejak 2013 bertukar ke SK Kepong manakala Cik Ummi tamat perkhidmatan beliau sebagai guru ganti kepada Puan Siti Norli binti Kamarudin yang cuti bersalin.
Tatapi foto-foto yang sempat dirakam.

Puan Hasmah menyampaikan ucapan.

Pelajar-pelajar PPKI SMKPZ bersedih.

Puan Noorazlina mengucapkan selamat tinggal.

Puan Norazlina menyampaikan sumbangan kepada warga PPKI SMKPZ.

Cik Ummi menyampaikan ucapan perpisahan.

Puan Norazlina menerima cenderahati daripada Puan Hasmah.

Cik Ummi menerima cenderahati daripada Puan Hasmah.

Ariff melambai selamat jalan kepada Cik Ummi.

No comments:

Post a Comment