Tuesday 28 July 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Tarikh: 29 Julai 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SMKPZ. Warga PPKI yang turut tidak mahu ketinggalan merasai kemeriahan telah membuat pelbagai persiapan. Warga PPKI telah bergotong-royong menyediakan bihun sup, lemang, sate, buah tembikai dan air sirap. Para penjaga juga tidak ketinggalan menyumbang pelbagai jenis kuih-muih, keropok, kacang dan air untuk mempelbagaikan lagi juadah yang ada.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan pada hari ini. Ikuti rakaman foto oleh ajk dokumentasi pada kali ini, Cikgu Mohd Abdullah.

Jurukamera menyerok (sarapan dalam bahasa loghat utara) dulu. Makan satay.

Cikgu  Norli sedang food test karamel buah.

Sabar menunggu waktu makan.

Sabar menunggu waktu makan.
 
Kuah bihun sup sedang dimasak Cikgu Wahidah.

Cik Norimah (kanan) dan Cik Aishah sedang memproses nasi himpit.

Dari kiri, Cikgu Wahidah, Teacher Lim dan Cikgu Norli sedang menyusun atur bilik jamuan VIP.

Cikgu Siti Khairanah memasang video lagu-lagu raya.

Jamuan makan akhirnya bermula.

Bilik jamuan VIP. Dari kanan Puan Hasmah, Puan Hajah Hamidah (Pengetua Cemerlang SMKPZ), Puan Wahidah, Puan Lim, Puan Fazidah, Tuan Haji Roslan, Encik Hadi dan Puan Salmah.

Cik Norimah menghidangkan air kepada pelajar.

Guru-guru dan PPM menghidangkan makanan kepada pelajar.

Sedap! kata Najmi dan Aisyah.

Best!

No comments:

Post a Comment