Friday 26 May 2017

Sekitar Sambutan Hari Guru SMKPZ 2017

Tarikh: 24 Mei 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari (di sekolah) & 3.00 petang hingga 4.30 petang (di Hotel Royal Chulan, Seremban)

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut satu minggu lewat bagi mengelakkan para pelajar kehilangan fokus bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang kebetulan turut berlangsung pada 16 Mei 2017. Saksikan rakaman sambutan Hari Guru pada tahun ini tanpa pengetua dan gpk koku yang sempat saya buat.

PZ17 bagi anda yang tertanya-tanya apa ke menda yang nak dibuat tu?

 Nanti jangan lupa sapu balik kertas-kertas kilat yang dipotong halus-halus tu.

 Mesti mantan Puan Pengetua kecil hati wajah beliau ditutup oleh belon-belon tu.

 Perarakan masuk guru-guru ke dalam Dewan Seri Pendeta.

 Huuu, terasa kepanasan bagi mereka yang berpakaian tema songket. Tahun depan boleh buat tema Eskimo kalau pasang aircond.

 Bacaan Ikrar Guru.

 Ada gimik perasmian.

 Ada persembahan kugiran.

 Upacara memotong pulut kuning.

Jamuan potluck.

 Hadiah-hadiah yang saya terima tahun ini.

 Pertandingan masakan di astaka dataran perhimpunan.

 Nasi Goreng OKU atau OKU Goreng Nasi? Sama seperti soalan pisang goreng atau goreng pisang.

 Shamsul Haziq menyampaikan hadiah Hari Guru kepada Cikgu Shariza.

 Bila masa tukar nama nih? Dulu Royal Bintang kan? Baru sebulan encik.

 Cikgu Norli sedang briefing rakan-rakan beliau macam mana nak makan supaya berbaloi dengan bayaran RM40 tu.

 Encik Abdul Hadi, GPK Kanan sedang menyampaikan ucapan.

Hotel lima bintang pun pakai PA simple macam ni saja.

 Khusyuk mendengar ucapan.

 Mengambil makanan.

 Cikgu Azean dan Cikgu Wan sedang makan kuetiau goreng.

Ahhh, salah susun. Ini gambar di dalam dewan semasa majlis pagi tadi.

No comments:

Post a Comment