Friday 26 May 2017

Pelancaran Ihya Ramadan SMKPZ, Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ & Sambutan Hari Lahir Warga PPKI SMKPZ

Tarikh: 26 Mei 2017 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi (Pelancaran Ihya Ramadan di Dewan Seri Pendeta) dan 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Pelancaran Minggu Pendidikan Islam, Ceramah Ihya Ramadan & sambutan hari lahir warga PPKI SMKPZ di Blok PPKI SMKPZ)

Pada hari ini warga SMKPZ telah mengikuti Program Pelancaran Ihya Ramadan. Di dalam program tersebut, warga SMKPZ telah mengikuti satu ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azlan bin Zainal, Pengarah Urusan Ilham Center Kuala Lumpur. Pelbagai info menarik berkaitan Ramadan dan kelebihannnya telah dikongsikan oleh beliau bersama-sama warga SMKPZ.

 Al-Fadhil Ustaz Mohd Azlan sedang menyampaikan ceramah.

 Banner program.

 Ustaz Abdul Karim (kiri) khusyuk mendengar ceramah.

 Ait, macam gambar posting sebelum ni? Salah hari daa.

Ada sketsa Ramadan.

Selesai program di dewan, di Blok PPKI SMKPZ pula telah berlangsung Pelancaran Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ & Sambutan Hari Lahir Warga PPKI. Pelancaran Minggu Pendidikan Islam telah dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas SMKPZ dan kemudian satu ceramah Ihya Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Nor Shahrul Azemi bin Mohamad.
Selesai ceramah, tibalah masanya untuk Majlis Sambutan Hari Lahir Warga PPKI. Majlis pada hari ini diadakan bagi meraikan mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada hari ini.

 Bersiap pula untuk Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Islam dan Sambutan Hari Lahir Warga PPKI.SMKPZ

 Hampir siap.

 Para pelajar mengambil tempat.

 Ustaz Mohd Abdullah mengacarakan majlis.
 
 Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas sedang menyampaikan ucapan.

 Ustaz Nor Shahrul Azemi bin Mohamad menyampaikan Ceramah Ihya Ramadan kepada warga PPKI SMKPZ.

 Khusyuk mendengar ceramah.

 Selesai membaca doa makan.

 Memotong kek hari lahir. Khusus bagi mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Jun.

 Jemput makan.

 Antara makcik-makcik dan akak-akak kantin.

 Bila la boleh makan kek?

 Cikgu Azean menemani penceramah makan di Bilik VIP.

 Sedapnya!

 Tambah jangan tak tambah!

 Gembira nak menyambut Ramadan.

 Nyanyian lagu nasyid oleh Haikal dan Naqiuddin.

 Berebut mikrofon.

Haqiz (kiri berdiri) menyampaikan goodies bag kepada rakan-rakan beliau.

1 comment: