Tuesday 2 May 2017

Bye bye Cikgu Hasmah, Selamat Datang Tuan Haji Raduan

Tarikh: 27 April 2017 (Khamis)
Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat: D Qalisha Steamboat, Senawang

Pada malam ini telah diadakan satu majlis makan malam yang ringkas bagi mengucapkan terima kasih kepada Puan Hasmah binti Abu Bakar, mantan GPK PPKI SMK Pendeta Za'ba yang telah bertukar ke SMK Panchor berkuatkuasa 17 April 2017. Dalam majlis ini juga kami mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK PPKI SMK Pendeta Za'ba yang baru. Semoga perubahan ini akan mendatangkan kesan yang positif kepada semua pihak yang terlibat.
Saksikan beberapa keping foto yang sempat saya rakam.

 Puan Nor Wahidah mengacarakan majlis.

 Ada seorang tak dapat datang kerana kes kecemasan.

 Ada Youtube hati pun senang.

 Encik Nasri bin Jani, Pengerusi Badan Kebajikan PPKI SMKPZ menyampaikan ucapan terima kasih kepada Puan Hasmah bagi pihak penjaga.

 Ini nanti Puan Hasmah jangan lupa framekan.

 Puan Hasmah sedang menyampaikan ucapan. Sekali tengok macam penyanyi kumpulan Al-Jawaher pun ada. Bila Izrail datang memanggil...

 Terimalah frame gambar kami ini buat kenang-kenangan.

Selamat datang Tuan Haji Raduan bin Nasir.

No comments:

Post a Comment