Sunday, 14 May 2017

Program Minda Santai Di Inap D' Bondang Homestay Hari Kedua Bahagian 3

Riang-ria diteruskan lagi dengan aktiviti menggagau ikan keli dan memancing ikan. Terkenang juga cara arwah ayah saya menangkap ikan di kampung dulu. Telaga limpahan air di tepi bendang dipam keluar airnya sehingga kering. Kemudian barulah beramai-ramai turun satu kampung nak merasa serba-sikit hasil ikan yang ditangkap dengan tangan kosong.
Yang datang menolong dari peringkat awal saja dapat ikan, yang datang kemudian duduk sengih-sengih tepi telaga nak dapat ikan free semua dihalau balik. Ha ha ha!

 Pesta tangkap ikan bermula.

 Mana la ikan ni?

 Kak Norimah berjaya menangkap ikan keli.

 Ikan oh ikan kenapa tak nak timbul?

 Rumput panjang sangat, rumput panjang sangat.

 Dulu kecik-kecik saya dah puas buat benda-benda ni. Bagilah peluang kepada budak-budak pula.

 Ada yang sibuk mandi lumpur saja.

 Amyrul Izwan dan hasil tangkapan beliau.

 I miss Alor Belat!




Membersihkan lumpur di tali air.

 Pam air yang mengepam air keluar dari petak sawah.

 Air biasanya disalurkan ke bendang sebelah.

 Laila menghulurkan ikan kepada Cikgu Mohd Abdullah.

 Bila air sedikit, ruang untuk ikan lari hampir tiada.

 Moh kita memancing pula.

 Mana ikan ni? Cuit umpan pun tidak.

 Kalau macam ni punya bising, jangan kata ikan, gajah pun lari.

 Rasa macam nak turun ke kolam, tangkap dengan tangan kosong.



Makan roti canai dua keping di tepi kolam memang sedap!

No comments:

Post a Comment