Friday 5 May 2017

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban 2017

Tarikh: 3 dan 4 Mei 2017 (Rabu dan Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi

Berbekalkan pencetak laser usang, netbook sendiri, satu rim kertas A4 70 gram, extension wire sendiri dan kipas sendiri, pada tahun ini saya terpilih lagi untuk sekian kalinya sebagai AJK Statistik untuk kejohanan ini seperti pada tahun2 lepas (dan mungkin di peringkat negeri juga pada bulan Julai nanti). Saya turut dibantu oleh Cikgu Wan Azlima dalam menjayakan tugasan ini. Manakala Cikgu Azean bertugas sebagai AJK Pelepas Acara Balapan di samping Cikgu Mohd Abdullah dan Cikgu Siti Maizura sebagai guru pengiring murid.
Jumlah peserta dari PPKI SMKPZ ialah 5 orang. Fadilah Mashitah Mohd Shariff menyertai acara lontar peluru bermasalah pembelajaran perempuan senior. Nasib menyebelahi beliau dengan menjadi johan acara berkenaan dengan lontaran sejauh 5.5 meter. Nur Eddryana Shafiqah binti Nor Azanizam menyertai acara lompat jauh bermasalah pembelajaran perempuan junior. Nasib menyebelahi beliau dengan mendapat tempat ketiga acara berkenaan dengan lompatan sejauh 3.02 meter.
Dalam acara 100 meter bermasalah pembelajaran lelaki senior pula, Muhammad Iqmal bin Rosman kandas di peringkat saringan apabila hanya mampu menduduki tempat kelima. Dalam acara 100 meter bermasalah pembelajaran lelaki junior, wakil PPKI SMKPZ iaitu Muhammad Hakim bin Ismail kandas di peringkat saringan. Rakan beliau, Muhammad Hafizi bin Mohd Rizal yang layak ke peringkat akhir pula hanya berjaya mendapat tempat keempat.
Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

 Printer sebelah kiri tu dah pecah sana-sini. Tiada rotan, akar pun berguna.

 Dah rehat tengah hari baru sempat bergambar. Ini rakaman hari pertama.

 Majlis penyampaian hadiah bagi acara-acara hari pertama sedang berlangsung. Kalau di zaman penjajahan Jepun, cikgu yang berbaju hijau sebelah kanan tu mungkin dah kena potong kepala, main itu radio.

 Eddryana bersama pingat yang dimenanginya. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Nurolbain bin Mohamed Zid, Penyelia Pendidikan Khas Daerah Seremban.

 Berswafoto di tengah-tengah kesibukan hari kedua.

 Cikgu Mohd Abdullah (kiri) menjadi bidan terjun untuk bacaan doa majlis penutup.

 Fadilah menerima hadiah daripada Yang Berusaha Puan Hajah Rodiah binti Mohd Jan, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban.    

No comments:

Post a Comment