Sunday, 14 May 2017

Program Minda Santai Di Inap D' Bondang Homestay Hari Pertama Bahagian 1

Tarikh: 12 Mei 2017 (Jumaat)
Masa (bertolak): 8.30 pagi
Tempat: Inap D' Bondang Homestay, Sungai Besar, Selangor

Suasana sawah padi (bendang) merupakan sesuatu yang sangat hampir dengan jiwa sanubari saya.
Arwah datuk dan ayah saya mengusahakan tanaman padi di Kampung Alor Belat, Kedah. Semasa kecil kawasan bendang merupakan kawasan permaianan saya. Menahan taut (memancing), mengagau ikan, bermain layang-layang dan mandi di tali air merupakan antara aktiviti past time petang2 dan hujung minggu.
Maka hari ini dengan jumlah murid seramai 29 orang, guru seramai 7 orang dan pembantu pengurusan murid seramai 5 orang melakukan rombongan Cik Kiah ke sana. Ikuti laporan bergambar di bawah.

 Abang Kumar merupakan pemandu bas yang sempoi.

 Siap berbaju tebal, ingat nak pergi Cameron Highlands.

 Mathan Kumar tak sabar-sabar nak naik bas.

 Mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Abdullah.

 Berhenti untuk sarapan pagi di RNR Beranang, Lebuhraya LEKAS.

 Akhirnya tiba dekat-dekat jam 12.00 tengah hari

 Mula memasuki rumah penginapan masing-masing.

 Makan tengah hari di ruang serbagunanya.

 Makan bertambah-tambah.

 Kalau balik mengadu tak cukup makan tak tahulah nak hidang berapa dulang lagi.

No comments:

Post a Comment