Sunday 21 May 2017

LDP 2/2017: Kenali Rahsia Personaliti Melalui STIFIn (Ujian Biometrik)

Tarikh: 20 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Pada hari ini warga kerja SMKPZ telah mengikuti latihan dalam perkhidmatan buat kali kedua bagi tahun 2017. Dengan tajuk seperti yang tertera di atas, program ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Azlan bin Adnan. Dalam LDP ini beliau telah berkongsi ilmu/kajian berkaitan kumpulan-kumpulan darah manusia serta hubung kaitnya dengan personaliti mereka.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh saya yang berdarah O yang selalu kena buli, pemurah dan riang-ria :)

 Encik Mohd Azlan, kalau berdarah hijau? Itu kalau tak Hulk, toyol.

 Salah satu sesi latihan dalam kumpulan.

 Encik Mohd Azlan, kalau berdarah biru macam mana pula? Ooo, itu mungkin penduduk yang berasal dari planet cerita Avatar arahan James Cameron kot?

 Tekun menyiapkan tugasan.

 Pembentangan oleh salah satu kumpulan.

Antara slaid yang dikongsikan oleh Encik Mohd Azlan.

No comments:

Post a Comment