Aktiviti pada sebelah petang diteruskan lagi dengan Musang Terbang (Flying Fox), Berkayak dan Keyakinan Air (Water Confident). Memang bestlah. Banyak musang yang berjaya terbang termasuk Musang Berjanggut. Dalam aktiviti Keyakinan Air, para peserta turut berjumpa dengan ikan lumba-lumba.
Najmie pasti belum berpuashati tak dapat makan aiskrim dalam aktiviti pagi tadi.
Menunggu aiskrim yang tak kunjung sampai.
Cikgu Mohd bermusang terbang.
Habih habih pun jatuh dalam paya bawah tu saja kalau tali putus.
Baru la ada orang ambil gambar cameraman.
Keselamatan diutamakan oleh para pengendali aktiviti ini.
Nazilah bersedia.
Weee!
Giliran cameraman bermusang terbang.
Jumpa lagi di sana. Halalkan makan dan minum saya.
Kena pasang satu kat PZ ni.
Syafiq Rosli mengharapkan aiskrim akan dinikmati selepas ini.
Shamsul Haziq memang terpaksa extend sampai habis semua tali abah-abah keselamatannya.
Cikgu Sa'adiah punya giliran.
Cikgu Shariza menyembunyikan ketakutan.
Cikgu Maizura lebih takutkan operationnya berbanding musang terbang ni.
Saya dah hidup 37 tahun. Inilah kali pertama saya tengok orang bermusang terbang pakai sandal. Cayalah Cikgu Siti Khairanah!
Kak Norimah sempat buat tanda peace!
Cikgu Wan teringat kepada anak-anaknya di rumah. Makan apa la tengah hari tadi budak-budak tu?
Cikgu Siti Norli sedih bateri telefonnya habis.
Ya, mari kita berkayak pula.
Nazilah dibantu menaiki kayak.
Orang suruh berkayak dimainnya langgar-langgar macam kereta bumper funfair tu.
Ayah (kiri) mengendalikan aktiviti Keyakinan Air.
Tekun mendengar arahan.
Tidur dalam air.
Bayangkan anda sedang menikmati aiskrim coklat yang enak.
Lain macam saja gaya ni. Baik aku pergi jauh sikit.
Kan betul, habih basah orang-orang kat tepi.
No comments:
Post a Comment